itok Ib, MSr | selalu teringat-ingat akan sesuatu serta menyebut-nyebutnya berulang-ulang kali. | Kadang-kadang Pak Karim berasa tindakan Minah itu sudah melampau. Sudah terlalu pengitok sikapnya. Tetapi di sebalik sikap suka itok itu ada juga baiknya. Pak Karim sendiri pun mengakuinya. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kamah Ib, MSr | kotor. | Dalam kebanyakan hal, Pak Karim lebih melihat Minah sebagai abdi dua orang cucunya itu. Itu pun kerana sikapnya sendiri juga. Dia sendiri yang tidak dapat melihat barang mainan cucunya kamah sedikit. Dia akan cuci sendiri. Dia jemur sendiri jika perlu. Kalau tidak dijemurnya, akan dilapnya hingga kering dan bersih. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
juruk MSr | di bahagian bawah rumah (bahagian dapur). | Kalaulah Pak Karim bangun dengan cepat, secepat dengan tindakannya menggoncang tubuh badan lakinyaitu, tentulah pencuri itu tertangkap atau paling tidak pun dia akan terjatuh lalu patah kaki atau patah tangan atau mungkin juga mukanya terjunam ke parit juruk di belakang rumah mereka. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belon Ib, MSr | kapal terbang. | Belon ni bukannya bas." Pak Karim terus tertinjau-tinjau ke depan. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelan MSr | menyebelahi, memihak. | Dalam keadaan begitu dia berasa putus asa dan sering mengatakan: "Entahlah apa nak jadi dengan budak ni!" Tetapi kalau Pak Karim dengar, dia mesti pelan. Mesti dia kena tengking herdik oleh lakinya itu kerana menyindir anak. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keda MSr | malu tersipu-sipu | Kadang-kadang dia sendiri terpaksa mengalah kepada keadaan itu dan sesekali keda kerana lain yang ditegurnya tentang sikap Kamalina, lain pula yang ditegur oleh Pak Karim. Ketara bahawa dia agak bodoh, dan dia benar-benar keda. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |