inan Kd, Mr | sapaan hormat untuk makcik. | Inan Lihu kelihatan duduk membelakanginya, di atas anak tangga pertama. Kedua-dua belah kakinya terjuntai-juntai. | Bungkau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sidak Ib, MSr | mereka, dia (biasanya untuk merujuk kepada bilangan yang ramai), suatu panggilan yang hormat tanpa menyebut nama). | Apalah nasib kita ni sidak, ada anak, tak sama dengan anak orang lain. Kenapalah Tuhan mengurniakan kita seekor ikan buntal yang tidak boleh berkata apa-apa melainkan berenang-renang di dalam tempayan! keluh Pak Kaduk akan nasib mereka itu. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aman Kd, Mr | sapaan hormat untuk lelaki yang lebih tua. | Ya, sahut Mogan bangga "Jangan resah Aman, saya selalu pandu Land Cruiser ke Nabawan, Dalit, Kelampun dan Batu Lunguyan," kata Mogan cuba meyakini Encik Safuan. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |