pelaik Ib, MSr | kayu pulai. | “Janganlah bina kubu daripada kayu pelaik sahaja. Apa nama panglima dan pejuang kita ini kalau buat kubu pun tak pandai.” Dia merenung ke semua muka pengikutnya sekali lagi untuk mencari keyakinan daripada setiap orang yang duduk mengelilinginya. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nuan Sk | engkau, kamu. | “Beritahu bapa nuan dulu!” Perintah itu segera dipatuhi. Bergegas-gegas Indun naik ke atas rumah dan sejurus kemudian turun semula dengan muka yang berseri-seri. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kempang Ib, MSr | tergamak, sampai hati, sadis, tega. | Sibot hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia sudah tidak kempang melihat muka bapanya yang kebingungan itu lalu dengan cepat dia berpaling ke tempat lain. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
delundung Tb | kain yang digunakan untuk menutup kepala. | Bininya sudah duduk di bendul rumah. Mukanya dibasahi peluh. Muka bininya nampak kemerah-merahan. Tangannya merungkai delundung di kepalanya. Peluh yang membasahi dahinya, dilap dengan lengan baju. Bantilan tidak memandang bininya. Matanya memandang ke perdu rumpun buluh di belakang rumah. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |