laut Ib | orang Melayu. | Orang yang bersuka ria dan ketawa tadi kini menjadi takut. Mereka mulai lari ke sana ke mari dan yang ada perahu lari ke perahu. Laut-laut yang ada perahu semuanya lari ke perahu. Rumah panjang yang ditinggalkan tadi terus menjadi batu. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gorinding Kd | sejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun-naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera. | Kepala Maria turut disentuh oleh Abon yang berjalan ke sana ke mari dengan gorindingnya. Akhirnya, sekali dua dia menyentuhkan gorinding itu ke seluruh tubuh suami Solisir. Tetapi nyawa lelaki itu telah berakhir. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tungkal Ib | Hukum denda tambahan mengikut adat suku Iban sekiranya tidak dibayar denda sebelumnya. | Sana pun membawa canang itu turun ke bawah rumah. Apabila sampai di bawah dia pun berkata, "Canang ini akan saya bawa pulang ibu untuk membayar denda adat tungkal berkenaan dengan anak Anal yang telah meninggal!" Sana terus membawa canang itu pulang ke rumahnya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
idas Bd, Ib | sejenis tikar yang dianyam daripada rotan kulit kayu. | Mereka berkejar pulang ke Panggau Libau. Sampai di sana mereka nampak tikar dan idas sudah dihamparkan di pelantaran untuk menyabung semula, hanya menunggu ketibaan mereka berdua. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
madi Ib | mencari padi. | Aku ni baru saja pulang dari madi, mencari nasi. Kalau kau susah sangat bererti samalah kita ni, kata petara Unying. "Pergilah ke rumah Sengalang Burung. Aku pun baru balik dari sana. Kalau kau keletihan serta lapar, makanlah dulu," katanya lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |