Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke mari: ia berlari ke sana dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ke tempat ini: Tolong bawa tong itu ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke sini

Puisi
 

Ke sini gunung ke sanalah gunung,
     Di tengah gunung berisi batu;
Ke sini bingung di sanalah bingung,
     Di dalam bingung hati tak tentu.


Lihat selanjutnya...(24)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
taba Ibtapak untuk mendirikan rumah panjang yang baru.Tak tahulah, saya membawa awak semua memeriksanya ke sini sebab mahu tahu taba tempat awak hendak mendirikan rumah, kata hantu itu. "Kalau macam ini pindahlah, rumah ini sudah siap dibina," kata hantu itu lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pudak Ibsejenis pokok yang tumbuh di tepi sungai, daunnya seperti daun kari dan berbau wangi. Ia juga berbuih dan boleh digunakan sebagai syampu.Kedatangan kami berdua ini memang ada tujuannya, Selain datang melawat ke sini, Kami berdua hendak menjinakkan Anak bunga pudakNovel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
amben MSrwaktu berpantang selepas melahirkan anak.Dia teringat lagi, selepas menutup lang bilik mandi itu dia terus kembali ke tempat tidur. Tidak perlu rasanya dia menjengah bilik tidurnya yang digunakan oleh Kartini yang masih dalam amben.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tagad Kd, Tbhuma.Tempat ini, fikirnya sambil mengerakkan kaki sejak wujud pada siang hari menjadi tempat yang setia aku kunjungi. Dia melangkah. Banyak daripada waktuku habis di sini. Lebih banyak daripada kunjunganku ke tagad.‘Songgorib’Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngekot MSrperihal perempuan yang mengikut lelaki ke rumah bertujuan untuk berkahwin.Semua orang menyoal kepala sendiri tentang engkau iaitu kenapa kau tidak membalas dendam sahaja kepada perempuan yang pernah menganiaya cintamu dan hidupmu yang sering kaukatakan membuatkan kau begitu kecewa? Katamu setelah beberapa hari bertunang dengan hantaran yang mewah-mewah, dia mengejar lelaki lain lalu ngekot kemudian bernikah dan hantaran pertunanganmu satu sen pun tidak dikembalikannya.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
penyaram Ib, LB, MSrsejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan gula merah yang telah diadun dan seterusnya digoreng.Tiga empat begitulah. Dia mengambil sendiri kuih rangin itu dan memasukkannya ke dalam karung plastik kecil yang dikhaskan oleh Khatijah untuk memuatkan kuih yang dibeli orang. Kemudian dia mengambil sebuah karung lain dan mengisinya dengan empat biji kuih penyaram.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
juruk MSrdi bahagian bawah rumah (bahagian dapur).Kalaulah Pak Karim bangun dengan cepat, secepat dengan tindakannya menggoncang tubuh badan lakinyaitu, tentulah pencuri itu tertangkap atau paling tidak pun dia akan terjatuh lalu patah kaki atau patah tangan atau mungkin juga mukanya terjunam ke parit juruk di belakang rumah mereka.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas