Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
masap Bjkeadaan luar biasa yang biasa seperti laut bergelora, ribut taufan dan sebagainya.Apa makna masap itu, pak cik? Lina kebingungan. "Masap, ertinya laut bergelora. Ikan-ikan di dalamnya akan keluar ke permukaan laut untuk menakutkan kita. Angin ribut juga akan bertiup kencang," jelas Pak Cik Hassan bertambah cemas.Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
karau MSbkeadaan ketawa yang lama sehingga hilang suara.Dia seperti orang karau tidak sedarkan diri tanpa segan-silu menjerit dan memaki hamun sambil terus meronta dan menyumpah seranah terhadap penari wanita itu.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
burung berua Ibkeadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya.Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pelan MSrmenyebelahi, memihak.Dalam keadaan begitu dia berasa putus asa dan sering mengatakan: "Entahlah apa nak jadi dengan budak ni!" Tetapi kalau Pak Karim dengar, dia mesti pelan. Mesti dia kena tengking herdik oleh lakinya itu kerana menyindir anak.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jila isang Ibdaun palas dalam keadaan tercarik dan dibiarkan berjela-jela diletakkan pada kepada/tengkorak manusia yang tewas semasa mengayau untuk digunakan semasa perayaan masyarakat Iban.Gila Gundi beranakkan Keling Aji yang berani dan boleh menjadi ketua perang, ketua orang di Panggau Libau, tempat yang berlumpur becak kerana terlalu kerap terkipas oleh jila isang, tempat tinggal dewa-dewa yang menjadi nadi penggerak orang-orang yang menjadi ketua perang, ketua kayau, perwira dan sebagainya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kudidi Bj Smsejenis irama paluan kulintangan.Keadaan ini sama seperti pada permainan titik bagi masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Tuaran dan Papar di mana daripada tempo atau rentak titik; tersebut lahirlah rentak atau irama Kudidi, Andu-andu, Bia-bia, Tigad-tigad, Kerebak, Nanggar Mabai, Jawa-jawa dan Tenggungguk yang juga boleh ditarikan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kerebak Bj Smsejenis irama paluan kulintangan.Keadaan ini sama seperti pada permainan titik bagi masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Tuaran dan Papar di mana daripada tempo atau rentak titik; tersebut lahirlah rentak atau irama Kudidi, Andu-andu, Bia-bia, Tigad-tigad, Kerebak, Nanggar Mabai, Jawa-jawa dan Tenggungguk yang juga boleh ditarikan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jawa-jawa Bj Spsejenis irama paluan kulintangan.Keadaan ini sama seperti pada permainan titik bagi masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Tuaran dan Papar di mana daripada tempo atau rentak titik; tersebut lahirlah rentak atau irama Kudidi, Andu-andu, Bia-bia, Tigad-tigad, Kerebak, Nanggar Mabai, Jawa-jawa dan Tenggungguk yang juga boleh ditarikan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menyikut MSbmenggalas sesuatu di belakang.Pandangan matanya menerawang, memerhatikan keadaan sekitar. Seorang ibu berperut memboyot, menyikut bayi di belakangnya, sedang terbongkok-bongkok menggembur batas dengan mata cangkul.Setulus SarinaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
keda MSrmalu tersipu-sipuKadang-kadang dia sendiri terpaksa mengalah kepada keadaan itu dan sesekali keda kerana lain yang ditegurnya tentang sikap Kamalina, lain pula yang ditegur oleh Pak Karim. Ketara bahawa dia agak bodoh, dan dia benar-benar keda.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas