titikas Mr, Tb | rentak pukulan/paluan gong. | Dengan tidak semena-mena mereka lari bertempiaran. Meninggalkan Julia keseorangan. Sadi termangu-mangu kebingungan. Hilangkah kesempurnaan majlis `titikas' tanpa penarinya? Sekalipun iramanya bergema sumbang ...? | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
masap Bj | keadaan luar biasa yang biasa seperti laut bergelora, ribut taufan dan sebagainya. | Apa makna masap itu, pak cik? Lina kebingungan. "Masap, ertinya laut bergelora. Ikan-ikan di dalamnya akan keluar ke permukaan laut untuk menakutkan kita. Angin ribut juga akan bertiup kencang," jelas Pak Cik Hassan bertambah cemas. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kempang Ib, MSr | tergamak, sampai hati, sadis, tega. | Sibot hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia sudah tidak kempang melihat muka bapanya yang kebingungan itu lalu dengan cepat dia berpaling ke tempat lain. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |