ngenselan Ib | suatu upacara keagamaan bertujuan untuk menghindarkan kejahatan atau kecelakaan dengan menggunakan darah ayam atau khinzir. | Setelah mendapati mereka berdua ini benar-benar bersalah, Beti pun mengambil keputusan untuk merejam mereka mengikuti adat Sengalang Burong. Ini ialah kerana mereka telah tidak dapat membayar denda adat yang akan digunakan untuk ngenselan atau upacara membersihkan negeri dari perbuatan terkutuk. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
makai burung Ib | suatu upacara menolak bala apabila terdapat tanda-tanda akan berlaku kecelakaan yang dibawa oleh burung, mimpi dan sebagainya. | Setelah mengadakan upacara seperti ini dan orang yang berkenaan masih berasa kurang yakin atau masih berasa risau, upacara yang dipanggil makai burung boleh juga diadakan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
amarawak Mr | kemarahan semangat. | Tambahan lagi, jika petani ini merasai bahawa alamat ini akan mendatangkan kecelakaan atau kematian maka beliau akan melakukan satu upacara amal yang dipanggil ampalalang untuk meredakan (amarawak) semangat yang dipercayai menghuni tapak yang dipilih. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ampalalang Mr | upacara amal untuk meredakan semangat yang marah. | Tambahan lagi, jika petani ini merasai bahawa alamat ini akan mendatangkan kecelakaan atau kematian maka beliau akan melakukan satu upacara amal yang dipanggil ampalalang untuk meredakan (amarawak) semangat yang dipercayai menghuni tapak yang dipilih. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
muas, *muaih* Ib, Ml | ratapan semasa upacara kematian. | Pada masa dahulu kebanyakan daripada orang Melanau memang selalu meratap dan merintih apabila mendapat kecelakaan terutama ketika orang mati. Bermacam-macam perkataanlah terkeluar dalam ratapan itu. Ratapan begini dinamakan 'muas'. Bahkan sekarang ini di setengah-setengah tempat masih ada orang Melanau yang 'muas' pada masa kena kematian dalam keluarga. | Maharaja Tugau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |