cekolok, *cokolok* MSr | ekspresi latah. | Eh cekolok! Serentak dengan itu satu hanyunan yang kejap dan padu mengena rusuk Min. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sibung Bd | sarung untuk parang, pedang dsb. | Setelah puas barulah disarungkan ke dalam sibung kayu yang sudah tertangkin di pinggang. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bilituong, *birituong* Bd | perbicaraan untuk menyelesaikan perbalahan, persengketaan, pergaduhan di peringkat kampung. | Majlis bilituong diadakan seminggu kemudian di tapak tanah yang dipertikaikan. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
maran, *maren* Kb, Kh, Kn | golongan aristokrat. | Akan diukir secantik-cantiknya, sesuai dengan asal-usul isterinya sebagai orang maran, anak tunggal mendiang Temenggong Tilo. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
anembiak Ib, MSr | golongan muda (belia). | Dan sebagai tetamu kehormat dia telah diberi penghormatan untuk menyembelih binatang bagi upacara kenduri perkahwinan anembiak rumah panjang. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
akik Bd, Ib, Kh | datuk lelaki. | Dia pasti, memanglah Icut dan adik-adiknya ke Siol Kandis dan bermalam di rumah akik dan inik mereka. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tertangkin, *tangkin* Ib, MSr | diikat di pinggang, seperti parang, raga dan lain-lain. | Setelah puas barulah disarungkan ke dalam sibung kayu yang sudah tertangkin di pinggang. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kaul Ml | suatu upacara untuk menjamu roh laut dan sungai supaya banyak ikan diperolehi. | Pesta Kaul adalah pesta orang Melanau seperti Pesta Gawai bagi orang Dayak. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pola Bd | sejenis pokok liar; batangnya lurus dan tinggi dan kayunya berbau harum. | Dia bergegas menuruni tangga batang kayu pola sebesar paha dan setinggi kira-kira lapan kaki. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyopuh Bd | kerja mengambil madu dan anak-anak lebah dari atas pokok-pokok. | Sekilas, dia teringat sekurang-kurangnya sudah tiga kali dia ikut nyopuh lebah di pokok itu. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |