Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.gem.bi.ra.an] | کݢمبيراءن

Definisi : keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adik-adiknya dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.gem.bi.ra.an] | کݢمبيراءن

Definisi : hal atau keadaan gembira; rasa gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegembiraan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sandau hari Ibmajlis keramaian bagi menandakan kegembiraan, diadakan pada siang hari sahaja.Bapa mentuanya sungguh gembira menyambut ketibaannya itu. Mereka pun terus mengadakan upacara ‘sandau hari’ untuk menandakan kegembiraan.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belon engkabang, *bilun engkabang* Ib, MSrhelikopter.Memang Umai terlonjak-lonjak kegembiraan melihat helikopter itu berpusing-pusing di udara sebentar tadi. Dua buah helikopter itu mungkin membawa menteri dan rombongannya. "Belon engkabang!” Jerit Umai. Kasau ketawa.Buaya Putih Buaya KudungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mengilok Bj, Slsejenis tarian menggerakkan tangan dan jari-jari yang dianggap sebagai tarian bersuka ria atau untuk maksud menghiburkan tetamu yang datang.Kalau kita perhatikan cara Tarian Mengilok dipersembahkan, ianya merupakan tarian berentak riang-ria atau gembira dan jelas tarian berkenaan melambangkan kegembiraan atau kedamaian hidup suku kaum berkenaan yang kebanyakannya tinggal di persisiran pantai atau di Sungai Kinabatangan dalam daerah Sandakan.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
igal-igal Bj Spsejenis tarian yang ditarikan dengan iringan alat muzik kulintangan, gong dan tambur asalnya bertujuan untuk menyampaikan hadiah berupa wang kepada pengantin dengan cara menari.Menurut penyelidikan bahawa Tarian Igal-Igal ini ditarikan secara Perseorangan, perkumpulan atau secara berpasangan dan dari keadaan ini jelas memperlihatkan yang Tarian Igai-Igai ini merupakan tarian pergaulan atau kegembiraan.Tarian Hadiah untuk PengantinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas