Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.gia.tan] | کݢياتن

Definisi : 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.gia.tan] | کݢياتن

Definisi : 1 hal atau keadaan giat; ketangkasan dan kekuatan (berusaha); keaktifan. 2 usaha atau kerja yg dilakukan; aktiviti: ~ luar sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegiatan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gumamas Kdmerumput sebelum menanam padi.Bagaimanapun, kegiatan berteka-teki sama sekali tidak dibenarkan untuk dilakukan dalam tempoh membersihkan rumput di sawah (gumamas). Mereka percaya bahawa jika mereka berteka-teki maka kerja membuang rumput akan memakan masa yang lama dan dari itu ia dielakkan.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menawa do rasam Kdmemohon hujan.Abon Munggit memerhati kegiatan di halaman rumahnya. Esok akan bermulalah upacara menawa do rasam. Beberapa orang lelaki sedang mendirikan sulap di tebing sungai sebagai tempat melakukan upacara.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sundait Kdteka-teki.Sundait adalah teka-teki kaum Kadazan/Dusun. Kegiatan berteka-teki berlaku bila-bila masa selepas tangkai pertama padi baru dituai dan sebelum penanaman benih semaian untuk musim akan datang dimulakan.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas