Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hi.tam.hi.ta.man] | کهيتم - هيتمن

Definisi : agak hitam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hi.tam.hi.ta.man] | کهيتم - هيتمن

Definisi : seakan-akan hitam; agak hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehitam-hitaman


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kromboi Bd, Sksejenis siput yang berwarna kehitam-hitaman sebesar buah ciku. Isinya berwarna hitam pekat berada di dalam cengkerang yang keras. Ia boleh didapati di kawasan basah seperti kolam dan tebing sungai Sarawak. Siput ini enak dimakan jika dimasak kicap campur cili atau halia atau digoreng kering.Di Pasar Minggu Satok, sekilogram kromboi yang mengandungi antara sepuluh ke dua belas ekor kromboi dijual dengan harga seringgit.Pedoman RakyatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selepak Mlpasu kecil yang diperbuat daripada tanah liat dan berwarna kehitam-hitaman. Ia digunakan sebagai tempat menyimpan minyak atau ramuan berubat.Yang menjadi tumpuan ialah selepak-selepak tok nenek moyang. Cuma dia mengerjakan kerja itu apabila ada kematian. Dari situlah dia mengambil kesempatan mengambil dua tiga selepak.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
imbuk Ibsejenis burung liar seakan-akan merpati, bulunya berwarna biru kehitam-hitaman.“Hem, saudara. Kami hendak pergi menangkap burung imbuk yang tidur di atas pentas papan. Kami hendak memerangkap burung sengayan yang tidur berbantalkan bungkusan bunga-bungaan kering,” jawab Laja menggunakan perumpamaan.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tajau binukul Mrsejenis tempayan, bersaiz besar, sederhana tinggi, ada yang berwarna kehitam-hitaman.Err mereka mau tajau tiluan empat buah, jelas ibunya teragak-agak. "Tajau binukul pula, enam buah. Dan tajau balayung, tajau malalair, masing-masing lima buah.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ropuan Kd, Tbdapur kayu, tempat menyalakan kayu api untuk memasak.Setompok arang yang masih berasap sedikit kerana telah dijirus air dan tompokan abu putih, terdapat di atas ropuan berukuran empat kaki persegi. Di ropuan itu tersusun lima enam batang kayu api. Hujungnya berwarna kehitam-hitaman kerana telah terbakar.Mimpi BurubutGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas