Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kelip, kedip (mata); ~ mata kelip mata; 2. = sekejap sebentar, seketika: ~ lagi baliklah dia; tunggu ~ nanti sebentar; berkejap-kejap berkelip-kelip, berkedip­kedip (bkn mata dll); mengejapkan mengelipkan, mengedipkan (mata): ia merenung tajam, matanya tidak sedikit pun dikejapkannya; terkejap-kejap terkelip-kelip, terkedip-kedip (bkn mata dll): kelihatan api pelita ~ di serambi rumah; kejapan gerakan mengejapkan (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak mudah tercabut (terurai dll), ketat, teguh: sebilah keris terselit ~ di pinggangnya; tayar itu dipasangkan ~-~ pd roda; mengejap memadat: tanah yg ~ dihakis oleh udara kering; mengejapkan meneguhkan atau mengetat­kan ikatan dsb: Tuk ~ kain di pinggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gerak mata (pejam dan celik); kelip; kedip: ~ mata kelip mata. berkejap-kejap berkelip-kelip. mengejapkan mengelipkan: ~ mata. sekejap sekelip mata; tidak lama; sebentar; seketika: ~ lagi dia akan pulang. Dia bermain ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejap


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sikutan TbBakul berbentuk bulat, bermulut bujur, berbingkai kejap dengan ikatan rotan beraut halus, anyaman simpai sembilan, keempat-empat bucu bawahnya pula terhias dengan suji rotan beraut bulat yang terikat pada bilah-bilah penahan dengan ikatan tulang belut.“Kalau saya beli sikutan itu tentu Intang mahu jual, bukan?”SikutanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
cekolok, *cokolok* MSrekspresi latah.Eh cekolok! Serentak dengan itu satu hanyunan yang kejap dan padu mengena rusuk Min.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas