Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ba.lan] | ککبلن

Definisi : 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd dip­lomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlem­bagaan Persekutuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.ba.lan] | ککبلن

Definisi : keadaan kebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekebalan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
perantan MSrsuatu upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan untuk tujuan kekebalan atau tahan lasak.Manakala itu pengantin perempuan disediakan untuk majlis persandingan dengan diketap (dicukur) rambut di sekitar dahinya, diberi mandi air perantan (dilangir dengan menggunakan entemu, bedak dan sabun) dan seterusnya disuruh mengambil wuduk. Selepas proses itu tukang hias (mak andam) mulalah menghias dan mengenakan pakaian pengantin.Adat Resam Penduduk SarawakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas