bedil keletung, *bedil kelutung* Ib | kata majmuk yang merujuk sejenis bedil yang diperbuat daripada tembaga. | Pada satu hari bedil keletung tiba-tiba berbunyi menandakan kepulangan Ketupong dan kumpulannya dari merantau. Ketupong ialah suami Dara Tinchin Temaga, menantu sulung Sengalang Burong. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelangka Ib | sejenis alat yang diperbuat daripada kayu sebagai tapak untuk mengirik padi. | Apabila mendengar letupan bedil keletung Ketupong dan rakan-rakannya itu, Dara Tinchin Temaga terus menyuruh Menggin dan anaknya balik. Dia menghulur mereka berdua dari langit dengan bekas yang dipanggil pelangka bertali emas. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |