Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ru] | کليرو

Definisi : 1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan): sikap masyarakat yg ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan; ~ tangkap salah tangkap; 2. tertukar (kerana menyang­kakan yg lain itu miliknya): ~ dgn barang orang lain; mengelirukan 1. menyebabkan keliru, me­ngacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; terkeliru tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; kekeliruan kesalahan (pd membuat ang­gapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusut­an: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; pengeliruan perbuatan mengelirukan: penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ru] | کليرو

Definisi : 1 salah pengertian; silap; tidak benar (bkn pendapat); sesat: Pendapatnya ~. 2 tertukar kerana tersalah anggap dll: Dia ~ memukul temannya sendiri. mengelirukan menyebabkan orang menjadi keliru; membingungkan; menyesatkan: Ucapannya dpt ~ orang ramai. kekeliruan keadaan keliru; kesilapan; kesalahan: ~ timbul kerana pegawai itu sendiri tidak memahami perkara yg sebenarnya. terkeliru dlm keadaan keliru; dikelirukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliru (adjektif)
Bersinonim dengan silap, khilaf, celaru, sesat, kacau;,
Kata Terbitan : mengelirukan, terkeliru, kekeliruan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bandat Ibsejenis permainan terup.Umbai berasa semakin keliru semakin banyak kali dia menjawab sindiran dan ajakan orang-orang di sekeliling hamparan tikar tempat mereka bermain bandat itu.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas