Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : dupa atau getah drpd sj tumbuhan (Styrax benzoin) yg harum baunya apabila di­bakar, luban jawi; jenis-jenisnya: ~ arab, ~ hantu, ~ hitam, ~ merah, ~ putih, ~ serani; belum (sudah) diasapi ~ belum (sudah) berkahwin; apakah gunanya ~ sebesar tungku kalau tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau prb tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain; gaharu dibakar, ~ berbau prb memperlihatkan kele­bihan supaya dipercayai orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : ; akar ~ hantu sj tumbuhan (po­kok memanjat), Dioscorea pyrifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : sj ikan laut; ®kemejan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : dupa atau getah dr beberapa jenis pokok (berbau harum apabila dibakar): ~ arab; ~ hantu; ~ hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemenyan

Peribahasa

Gaharu dibakar kemenyan berbau.

Bermaksud :

Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
perapuian Tbtempat membakar kemenyan ketika kenduri doa selamat.Imam Tuk Batil tidak berlengah-lengah lagi. Dia menyeluk saku bajunya dan mengeluarkan kemenyan. Mulutnya terkumat-kamit sambil menaburkan kemenyan itu dalam perapuian.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pengalai Kypenari.Sewaktu mengadakan majlis Anding ini, kemenyan hendaklah disediakan untuk dibakar di samping mayang pinang muda yang masih belum mengurai. Mayang pinang muda ini digunakan oleh pengalai untuk memudahkan mereka memasuki acara ‘menurun’ iaitu kerasukan.Pemujaan semangat dewa dewiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas