angalang Mr | 1. sejenis tarian utk menyambut kepulangan pahlawan dari peperangan atau merayakan hari keramaian. | Penari-penari Tarian Angalang terbina dari dua barisan yang satu-satunya barisan mengandungi tujuh orang penari lelaki. Mereka menari dengan mengikut rentak alat-alat muzik yang dipukul dengan irama-irama tertentu, sambil bergerak mereka maju ke depan dan demikian juga penari wanitanya. Walau bagaimanapun reka bentuk tarian berkenaan boleh dilakukan mengikut selera atau kemahuan pencipta. | Tarian Mengubati Orang Yang Sakit | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pulai Ib | pulang. | Ke mana perginya apaimu, Icut? Ndak pulai-pulai lagi. Umbai berasa semakin resah. Kepulangan lakinya mula diragukannya. Entah pulang entah tidak lakinya itu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyondok Sk | mengambil bahagian dalam upacara ngoncong untuk menunaikan niat, hajat. | Daripada ngoncong Ah Lasak dapat membayangkan kepulangan modalnya. Itupun kalau orang yang nyondok ramai. Ramai penyondok banyaklah duit. Banyaklah pulang modal. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedil keletung, *bedil kelutung* Ib | kata majmuk yang merujuk sejenis bedil yang diperbuat daripada tembaga. | Pada satu hari bedil keletung tiba-tiba berbunyi menandakan kepulangan Ketupong dan kumpulannya dari merantau. Ketupong ialah suami Dara Tinchin Temaga, menantu sulung Sengalang Burong. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |