Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ran.da] | کرندا

Definisi : peti utk menguburkan mayat, larung, long. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ran.da] | کرندا

Definisi : peti usungan mayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keranda (kata nama)
Bersinonim dengan larung, tabela, long, peti mayat, peti jenazah.,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
luit Ibdibuka dengan paksa, dituil.Ngumbang kemudian terus menggali kubur Berenai. Setelah digali, keranda yang mengandungi mayat Berenai itu diluitnya. Setelah keranda terbuka, dia mendapati mayat Berenai yang berada di dalamnya tidak busuk, dan seolah-olah seperti orang yang sedang nyenyak tidur.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lumbong, *lumbung* Ibpondok khas tempat meletakkan keranda orang kenamaan spt Rentap.Semasa hayat Benya dan kerana kegemilangan hidupnya dia telah meminta supaya mayatnya nanti tidak ditanam di dalam tanah. Sebaliknya ia hendaklah disimpan di dalam keranda dan diletakkan di dalam sebuah binaan yang dipanggil lumbong. Ini berbeza sedikit daripada yang biasa dilakukan kepada seseorang lelaki Iban yang mashyur.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkalan Mrtempayan yang digunakan sebagai keranda.“Sebelum ibu nazak dulu, ibu ada berpesan, jika dia mati, dia mau kita kuburkan saja dalam tajau bangkalan. Aku fikir pun, tajau itu ngam juga dengan tubuh ibu. Lagipun itu memang warisan nenek moyangnya,” jelas abang Paring lagi.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkapan Bj, Irsejenis usungan yang digunakan untuk mengangkat jenazah beserta keranda serta pengiringnya dari rumah hingga ke kubur. Biasanya digunakan oleh golongan bangsawan.Dia yakin, ada juga mereka yang datang itu bersimpati kepadanya dan membuat persediaan pengebumian jenazah. Kaum lelaki sudah pun menyiapkan sangkapan dan payung ubur-ubur empat pasang. Sepasang kayu belian telah pun diukur untuk dijadikan nisan.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
alah ayu Iblemah semangat atau jatuh sakit akibat melanggar pantang larang. Contohnya, seorang yang hanya biasa mengukir kayu biasa untuk membuat keranda tetapi telah mengukir kayu belian yang hanya layak diukir oleh pengukir tertentu sahaja akan ditimpa sakit atau lemah semangat.Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas