sintong, *sintung* Ib | sejenis keranjang berbentuk bulat yang diperbuat daripada rotan dan bemban, mempunyai dua tali untuk disangkutkan di bahu. Ia digunakan khas semasa menuai padi. Ia boleh menampung sebanyak 2-3 gantang padi. | Barang-barang yang mereka bawa itu disimpan di dalam selabit, dibawa di belakang dengan sintong dan sebagainya. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rintong, rintung Ib | sejenis bakul yang diperbuat daripada gelungan pelepah rumbia yang digunakan untuk mengumpul dan membawa turun sarang lebah ke tanah. | Sejurus kemudian dia melihat seorang yang berbadan besar datang ke arahnya. Kepala orang itu besar dan muncungnya seperti keranjang yang bernama rintong. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lupung Ib | sejenis bekas tertutup berbentuk selinder yang dijadikan tempat letak ubat-ubatan dan peralatan yang dimiliki oleh manang. Ia diperbuat daripada kulit kayu enteli, manakala talinya daripada kulit kayu tekalong. Ia biasanya dihias dengan manik dan bulu ayam. | Manang Jamba terus membawa keranjang kecil yang bernama lupung ke bilik. Orang lain juga sama-sama pergi ke dalam bilik menyertai manang. Anak Raja Buaya yang sakit bernama Laminah itu sedang berbaring kerana sakit tenat. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ringka Ib | bekas yang biasanya digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh. Ia diperbuat daripada rotan dengan anyaman bersilang. | Apabila dia mengetahui kebenaran berita itu, Patinggi lalu menyuruh seorang hambanya menggantung satu ringka (bekas yang biasanya digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh) dan sebuah selabit (satu jenis keranjang yang digunakan untuk membawa barang) dengan sebatang kayu panjang yang disebut suar. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |