selangking Ib | sejenis kayu keras yang digunakan untuk membuat tiang. | Kali keempat dia bergawai, dia mengadakan Gawai Mendirikan Tiang Sandong, menggunakan inti kayu selangking. Gawai ini juga dinamakan Gawai Lemba Bumbun. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kawi Ib | sejenis kayu keras; Triestania species1, lazimnya terdapat di tepi laut atau tebing muara sungai. | Kayu yang mereka tebang adalah dari jenis kayu kawi. Babi yang sudah beranak tiga kali dikorbankan ketika mereka hendak menebang kayu itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
burak LB | sejenis minuman keras yang diperbuat daripada beras; tuak. | Sudah tiga hari mereka berada di situ. Bermacam-macam makanan dan minuman seperti daging ayam, burak dan pengasih dihidangkan. | Novel Anak Sepapas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buek Bj Sp | sejenis kayu keras dan liat. | Kayu pilihan utama adalah kayu Balunu-Balunu dan kayu buek. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mikai Ib | nama sejenis pokok kayu keras; Shorea. | Eh, potong saja akar pokok ara dari sebelah-menyebelah pokok mikai, ia akan gugur, selepas itu nanti akan sembuh pokok mikai itu, jawab Pak Tibang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manding Ib | sejenis pokok yang batangnya keras dan berduri pada pangkalnya. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
maginum Kd, Mr | majlis minum minuman keras. | Pada suatu hari Si Ongga pergi ke majlis maginum. Kehadiran Si Ongga telah diketahui oleh orang tua kampung. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selingkawang, *selingkawan* Bj Sm | sejenis tumbuhan paku pakis yang keras. | Dari celah-celah daun selingkawang itu ia dapat melihat seorang daripada manusia-manusia di bawah bukit itu sedang mengutip daun-daun simpur untuk pembungkus nasi mereka. | Ngayau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belia Ib | alat untuk merapatkan benang dan diperbuat daripada banir kayu tapang, kayu mengeris atau kayu keras lain yang licin. | Kumang, Lulong dan Bunga Eni serta Bunga Satangkai kemudian bersaing menenun pua kumbu. Mereka duduk serentak dan memulakan kerja dengan menggunakan alat-alat tendai dan belia. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kromboi Bd, Sk | sejenis siput yang berwarna kehitam-hitaman sebesar buah ciku. Isinya berwarna hitam pekat berada di dalam cengkerang yang keras. Ia boleh didapati di kawasan basah seperti kolam dan tebing sungai Sarawak. Siput ini enak dimakan jika dimasak kicap campur cili atau halia atau digoreng kering. | Di Pasar Minggu Satok, sekilogram kromboi yang mengandungi antara sepuluh ke dua belas ekor kromboi dijual dengan harga seringgit. | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |