Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.na.ngan] | کسنڠن

Definisi : perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.na.ngan] | کسنڠن

Definisi : keadaan senang; kepuasan hati: Kalau tidak kerana berusaha, ayahmu tidak akan mendapat ~ spt sekarang ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senang (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: gampang, ringan, ganyir, suang, lasuh, enteng,
Berantonim dengan susah

2. Bersinonim dengan suka: mesra, deman, setuju, gemar, cocok,
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan rehat: enak, nyaman, gembira, selesa, lega, sedap, menyenangkan, segar, seronok, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

4. Bersinonim dengan bahagia: aman, tenteram, sentosa, baik, elok, aman makmur, mujur, beruntung, sejahtera, tuah, selamat,
Berantonim dengan huru-hara

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersahaja tenang, sedang, sederhana, tidak berlebihan, lugu, sewajarnya,
Berantonim dengan berlebih-lebih

Kata Terbitan : bersenang, bersenang-senang, menyenangi, menyenangkan, mempersenang, kesenangan,

Peribahasa

Tidur di kasur.

Bermaksud :

Mendapat kesenangan; beristeri orang kaya.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
blau, *bellau* Ibsejenis ikan haruan.Kalau mendengar burung pangkas atau pangkas blau (sejenis ikan haruan yang mengangakan mulutnya dan berbunyi seperti pangkas) atau burung kucay (yang berbunyi seperti pangkas) semasa seseorang itu menebas atau menebang, ini petanda yang baik. Ia boleh meningkatkan kesenangan seseorang kalau seseorang itu miskin. Kalau seseorang itu anak raja atau seseorang yang kaya, burung ini tidak baik baginya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kucay, *kuche* Ibsejenis burung kecil, berwarna merah di bawah lehernya manakala badannya berwarna kehijau-hijauan. Burung ini dipercayai membawa petanda buruk sekiranya ia memasuki rumah.Kalau mendengar burung pangkas atau pangkas blau (sejenis ikan haruan yang mengangakan mulutnya dan berbunyi seperti pangkas) atau burung kucay (yang berbunyi seperti pangkas) semasa seseorang itu menebas atau menebang, ini petanda yang baik. Ia boleh meningkatkan kesenangan seseorang kalau seseorang itu miskin. Kalau seseorang itu anak raja atau seseorang yang kaya, burung ini tidak baik baginya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas