husob Kd | selendang yang digunakan sebagai penutup kepala bobohizan ketika membaca mantera ataupun ketika ia menari sumazau. | Husob - Kain "mogah" (tenunan asli orang-orang Bajau) digunakan sebagai kain penutup kepala oleh bobohizan ketika membaca menteranya ataupun ketika ia menari sumazau. Kain husob ini ditenun daripada benang nenas. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monomparoi Tb | adat ketika berhuma. | Hatinya berasa amat geram dengan perubahan yang mendadak itu. Baginya, menanam padi dua kali setahun itu akan melenyapkan adat monomparoi yang sudah dijalankan sejak lama. Lagipun penanaman padi dua kali setahun itu belum pernah dibuat. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manggul Ib | upacara ketika mula membersihkan tanah untuk pertanian dengan cara membuat persembahan untuk dewa dan roh yang menjaga tanah itu. | Mereka semua disuruh berhuma di satu kawasan. Sebelum membersihkan kawasan huma itu satu upacara ‘Manggul’ diadakan. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
perapuian Tb | tempat membakar kemenyan ketika kenduri doa selamat. | Imam Tuk Batil tidak berlengah-lengah lagi. Dia menyeluk saku bajunya dan mengeluarkan kemenyan. Mulutnya terkumat-kamit sambil menaburkan kemenyan itu dalam perapuian. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menyesah Ib | mencuci pakaian. | Ketika Jenal sampai, dia dapati emaknya dan Leha sudah hampir siap menyesah. Leha nampaknya masih belum mandi lagi. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lumusung Mr | nyanyian beramai-ramai ketika memulai tarian lansaran. | Dia tersenyum. Nyanyian lumusung masih mendayu-dayu, yang pasti Balon akan berjaya mendapatkan kingkilat dengan enjutan lansaran dan nantinya gemuruh pembangunan akan kedengaran mengaum, mengisi setiap ruang kosong yang dulunya pernah ditinggalkan. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lang Ib, MSr | pintu. | Ketika Pak Dollah sedang sibuk melayani beberapa orang cucunya yang masih bertelanjang dan tidak gemar berseluar, Ayu muncul di muka lang. Agak terperanjat Pak Dollah melihat keadaan Ayu. Dia sedang menangis. Perhatian Pak Dollah segera tertarik pada Ayu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
singut Ib | lebah. | Pada suatu ketika, sedang Radin dan anak buahnya tekun membina rumah panjang baru ini, lebah jenis singut tiba-tiba hinggap di kedua-dua belah hujung tulang bumbung. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
makan salong Kn | kenduri arwah. | Ketika itu sanak-saudara mereka sedang makan salong, kerana menyangka bahawa kedua-dua suami dan isteri tadi sudah meninggal dunia. | Novel Anak Sepapas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ikak Mr | pembantu pakar upacara keagamaan. | Ketika tingkaayoh dan ikak sedang merawat suaminya, Angusi merungut dan meratap terus. Sehinggalah mereka selesai merawat dan mengesahkan bahawa ayahnya tak dapat dipulihkan lagi. Tulang belakangnya retak atau patah. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |