Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
makan salong Knkenduri arwah.Ketika itu sanak-saudara mereka sedang makan salong, kerana menyangka bahawa kedua-dua suami dan isteri tadi sudah meninggal dunia.Novel Anak SepapasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gagas Bdrangka untuk lantai daripada belahan buluh atau nibung.Ketika itu baru dia sedar. Si anak sudah terduduk terjelepok di atas lantai gagas teresak-esak sambil mengadoi-adoi kesakitan.Cerpen Burung, Anak Dan KenanganGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
cuat MSrtiang yang dibuat untuk menyokong pokok lada.Mujurlah ketika itu dirinya tidak berapa mabuk. Sekali henjut macam hendak menyandang cuat lada kembar empat.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tampin Mr Tlproses menyimpan padi (yang siap ditampi) mengikut kuantiti hasil tuaian pada ketika itu.Padi yang siap ditampi kemudiannya disimpan di tempat simpanan yang berbeza dari segi saiz bergantung pada kuantiti dan jenis bekas yang dimiliki oleh petani. Proses ini dipanggil tampin.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mayam Ibsejenis pokok yang berbuah kecil dan digemari oleh burung merpati liar, kulitnya miang apabila terkena kulit.Ketika itu juga terlena seekor burung merpati sehingga tidak lagi mengenali pokok mayam yang masak dan yang muda mengakibatkannya termakan buah yang muda.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pemansai Ibsejenis alat menangkap ikan kecil di sungai. Ia diperbuat daripada anyaman buluh atau bemban.Madu pergi membawa pemansai untuk menangkap ikan. Ketika itu hujan turun renyai-renyai tetapi matahari masih bersinar terang. Hujan panas. Naik bulu roma Madu dititisi hujan yang melekat di daun.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lanji Ib, MSrgatal, miang.Kak Siti yang ketika itu sedang syok-syok tidur dan tidak tahu-menahu tentang kedatangan duda senget sebelah yang lanji lagi gila bayang itu, jadi tergegau. Lalu kiak-kaunglah dia menjerit.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gawai ranyai Ibsuatu upacara untuk menawarkan sumpah.SERAPOH tinggal di Batang Kapuas. Dia mempunyai empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Agama mereka pada ketika itu mungkin agama Hindu. Ini adalah kerana apabila mengadakan Gawai Ranyai, tiang yang mereka gunakan untuk mendirikan patung kenyalang disebut candi, sama dengan nama candi yang terdapat di kuil Hindu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumpung Bj, Kdbekas yang diperbuat daripada ruas buluh untuk menyimpan tuak atau nira kelapa.Selesai sahaja menumbuk padi tersebut dia (isteri) pun pergi ke sungai untuk mandi. Ketika itu dia belum memasak makanan lagi. Apabila mendapati dia belum balik-balik lagi, suaminya pun turun ke sungai untuk mencarinya. Suaminya menjumpai tumpung tersandar di tepi sungai.Anak SepapasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kiak-kaung Bd, Ml, MSrterjerit-jerit, terlolong-lolong.Kak Siti yang ketika itu sedang syok-syok tidur dan tidak tahu-menahu tentang kedatangan duda senget sebelah yang lanji lagi gila bayang itu, jadi tergegau. Lalu kiak-kaunglah dia menjerit.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas