melelat-lelat MSr | menjalar. | Masuklah. Ana terkejut daripada lamunannya yang melelat-lelat macam kangkung itu. Dilihatnya Mama Wong ada berhampiran dengannya. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lasak MSr | bahagian atas kepala yang tidak berambut. | Rentap menghela nafas, mengeluh. Ditenungnya wajah Nikosa. Gelisah. Sayu. Dahi lasak Nikosa jelas berminyak. Rentap mengengsot kerusinya ke meja. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanjar MSr | panjang. | Dengan langkah yang lanjar Pak Udak Hassan berlalu ke dapur. Sebentar kemudian, dia muncul semula sambil membawa setandan besar buah pisang yang sedang masak menguning. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bergempuruk MSr | berkumpul. | Rumah panjang ini masih boleh terus tegak di sini. Pada musim gawai kita bolehlah bergempuruk lagi. Sekurang-kurangnya kita dapat menjaga tanaman kita dengan baik. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ipok Ml | roh. | Jiran-jiran berdekatan mulai bertandang ke rumahnya. Malam itu dukun Pak Maloh memulakan tugas pengubatannya. Dan malam itu semua ipok Pak Maloh dipanggil untuk mengubati penyakit Luman. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ugak MSr | tunggul. | Dup! Agak-agaknya begitulah bunyi tubuh Pak Udak Hassan jatuh ke tanah. Akibatnya: elok-elok gigi masih ada dua tiga batang, jadi tertanggal semuanya kerana terlanggar ugak kayu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bertandak, *tandak* Ml, MSr | menari. | Pak Udak Hassan terus bertandak dengan girangnya. Badannya yang kurus melidi dan hanya dibaluti kain sabuk dua jari itu kelihatan terhuyung-hayang macam lalang ditiup angin. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
antap MSr | melampau, berhabis-habisan. | Celaka manuk! Antap sungguh kenenan Kassim. Terhenyak Bidin mendengarnya. Hendak ditolak, walhalnya benar. Hendak tak hendak, terpaksa juga Bidin mengekek mengiringi ketawa rakannya yang memang terkenal penyakat itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pumpong, *pumpung* Ib, MSr | mencantas. | Kau jangan merendah-rendahkan aku, Rentap. Nanti kupumpong kepala kau. Tanpa disedari terpancut kata-kata ancaman daripada Kibong. Mukanya merah. Rentap sedikit gugup. Mujurlah dia masih berupaya menenangkan hatinya. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jupit, *lupit* Ib, MSr | hitungan hari selepas tulat. | Rentap sedar benar keriuhan itu pasti berlarutan hingga ke pagi esok, petang dan malam esoknya. Mungkin berlarutan ke lusa dan jupit. Tentu ramai yang mericau tidak ketentuan. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |