Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pukulan (dgn buku jari dll) pd pintu dll; ~ buluh = ketuk-ketuk; ~ kadal sj per­mainan kanak-kanak yg terdiri drpd bilah buluh yg diketuk-ketuk; ketuk-ketuk sj alat drpd kayu berongga atau buluh yg dipukul kerana sesuatu sebab (utk memberitahu waktu sembahyang, memang­gil orang berhimpun, dll), kentung-kentung, tongtong: ~ di masjid telah berbunyi menyeru orang mengerjakan sembahyang; mengetuk memukul dgn buku jari, memukul dgn palu atau sesuatu alat: pintu kamarnya diketuk orang; ~ paku dgn tukul; ~ kawat menghantar telegram; mengetukkan mengetuk utk: “Nanti aku pula jadi mangsa utk ~ engkau pintu.”; ketukan (bunyi) pukulan dgn buku jari atau sesuatu alat, ketuk; pengetuk sesuatu yg digunakan utk menge­tuk, tukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = ketukan pukulan dgn buku jari dll pd sesuatu. ketuk-ketuk alat isyarat drpd kayu berongga atau buluh (dipukul utk menandakan sudah masuk waktu sembahyang dll). mengetuk memukul sesuatu dgn buku jari dll: Sebelum masuk ke dlm bilik itu, dia ~ pintunya beberapa kali. pengetuk alat (spt palu) yg digunakan utk mengetuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketuk (kata kerja)
Bersinonim dengan pukul, palu, katuk, luku, sekeh, tutuk, tokok, tekek, guguh, getok, renyuh;,
Kata Terbitan : mengetuk, ketukan,

Puisi
 

Teluk Yong Kemadu Angsa,
     Tiga dengan Teluk Melati;
Ketuk dek tudung haram tak biasa,
     Hanya menjeling sampai ke hati.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bobogon Kdsejenis kulit kayu yang boleh diketuk-ketuk/pukul untuk dijadikan cawat.Sadi mengeluh panjang. Baju tanpa lengan yang penuh dihiasi siput laut, terasa semakin berat dan membebankan jiwanya. Tali pinggang daripada kesumba terasa semakin menjerut perutnya. `Hujung-hujung perut anak isteriku tidak terisi', fikirnya. Kulit kayu jenis `bobogon' yang dijadikan cawat di tubuhnya, diusap lembut.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas