Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.sah] | قيصه

Definisi : hal, cerita, kejadian, riwayat: Daim menceritakan ~ pemergian Zaini itu kpd Zalizah; guru membincangkan ~ pembiakan nyamuk; ~ Sang Kancil menipu Maharaja Singa; ~ ibarat kisah yg watak-watak dan kejadian­-kejadian di dalamnya melambangkan atau meneladani sesuatu; berkisah menyampaikan sesuatu kisah: yg pandai bercerita dan mahir ~; mengisahkan menceritakan, meriwayat­kan: buku ini ~ pengembaraan dan penghidupan seorang yg masyhur; ia telah menulis sebuah rencana yg ~ pergerakan wanita di Indonesia; pengisahan perihal (perbuatan dsb) mengi­sahkan; pengisah tukang cerita (kisah dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.sah] | قيصه

Definisi : cerita atau hal mengenai sesuatu; riwayat; kejadian: ~ sang kancil menipu maharaja singa. mengisahkan meriwayatkan sesuatu kejadian dll; menceritakan: Buku ini ~ pengembaraan seorang yg masyhur. pengisahan hal atau perbuatan mengisahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisah (kata nama)
Bersinonim dengan hal, cerita, kejadian, riwayat, gambaran, tambo, peristiwa, babad, hikayat, berita, karangan, rencana, sejarah;,
Kata Terbitan : berkisah, mengisahkan,

Puisi
 

Saya tak tahu emping basi,
     Biarlah jatuh ke dalam duri;
Saya tak tahu demo benci,
     Saja saya tak kisah diri.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
nyulap Ibmengganti tanaman yang telah mati dengan yang baru (biasanya tanaman jagung atau padi).Keempat kali Begawai Burung, tiang sandong yang didirikan ialah daripada inti kayu selangking tetapi berbonggolkan tajau. Mantera akan menyentuh berbagai-bagai kisah sehingga kisah nyulap atau menanam jagung.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
miodung dangol, *miudung dangol* KdPepatah – bapa borek anak rintik.Ayah tidak kisah jika saya hendak bermain alat tersebut. Pernah sekali saya terdengar emak berleter. Katanya, ayah dan saya miodung dangol, yang mempunyai maksud yang sama dengan kata pepatah Melayu Bapa Borek Anak Pun Rintik.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
Bungan Kh, Knkepercayaan agama (campuran antara Lama dan Kristian).Saya tak kisah sangat tentang itu, sambung Bapa Frank dengan serius sambil menyedut paipnya, jika dia juga beragama Katolik. Tetapi dia pagan Bungan. Saya tak boleh bertolak ansur dengan perkahwinan campur di kawasan pengawasan saya. Mereka telah banyak menyebabkan perceraian keluarga di sini.Anak Bangsawan HarimauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mudur ruroh Ibsejenis upacara keagamaan bagi gawai burung peringkat kelapan.Kelapan kali Begawai, gawai ini bernama Gawai Ranyau atau Mudur Ruroh, mana yang lebih disukai oleh orang yang mendirikan gawai. Gawai ini sama dengan Gawai Tusok dan mantera yang digunakan hanyalah setakat kisah menyimpan padi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gawai tusok, *gawai tusuk* Ibsuatu upacara menusuk dan menjalin semua kepala yang dibawa balik semasa ngayau menjadi satu ikatan kepala sebelum digantung.Kelapan kali Begawai, gawai ini bernama Gawai Ranyau atau Mudur Ruroh, mana yang lebih disukai oleh orang yang mendirikan gawai. Gawai ini sama dengan Gawai Tusok dan mantera yang digunakan hanyalah setakat kisah menyimpan padi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas