nyulap Ib | mengganti tanaman yang telah mati dengan yang baru (biasanya tanaman jagung atau padi). | Keempat kali Begawai Burung, tiang sandong yang didirikan ialah daripada inti kayu selangking tetapi berbonggolkan tajau. Mantera akan menyentuh berbagai-bagai kisah sehingga kisah nyulap atau menanam jagung. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
miodung dangol, *miudung dangol* Kd | Pepatah – bapa borek anak rintik. | Ayah tidak kisah jika saya hendak bermain alat tersebut. Pernah sekali saya terdengar emak berleter. Katanya, ayah dan saya miodung dangol, yang mempunyai maksud yang sama dengan kata pepatah Melayu Bapa Borek Anak Pun Rintik. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Bungan Kh, Kn | kepercayaan agama (campuran antara Lama dan Kristian). | Saya tak kisah sangat tentang itu, sambung Bapa Frank dengan serius sambil menyedut paipnya, jika dia juga beragama Katolik. Tetapi dia pagan Bungan. Saya tak boleh bertolak ansur dengan perkahwinan campur di kawasan pengawasan saya. Mereka telah banyak menyebabkan perceraian keluarga di sini. | Anak Bangsawan Harimau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mudur ruroh Ib | sejenis upacara keagamaan bagi gawai burung peringkat kelapan. | Kelapan kali Begawai, gawai ini bernama Gawai Ranyau atau Mudur Ruroh, mana yang lebih disukai oleh orang yang mendirikan gawai. Gawai ini sama dengan Gawai Tusok dan mantera yang digunakan hanyalah setakat kisah menyimpan padi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai tusok, *gawai tusuk* Ib | suatu upacara menusuk dan menjalin semua kepala yang dibawa balik semasa ngayau menjadi satu ikatan kepala sebelum digantung. | Kelapan kali Begawai, gawai ini bernama Gawai Ranyau atau Mudur Ruroh, mana yang lebih disukai oleh orang yang mendirikan gawai. Gawai ini sama dengan Gawai Tusok dan mantera yang digunakan hanyalah setakat kisah menyimpan padi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |