Bungan Kh, Kn | kepercayaan agama (campuran antara Lama dan Kristian). | Saya tak kisah sangat tentang itu, sambung Bapa Frank dengan serius sambil menyedut paipnya, jika dia juga beragama Katolik. Tetapi dia pagan Bungan. Saya tak boleh bertolak ansur dengan perkahwinan campur di kawasan pengawasan saya. Mereka telah banyak menyebabkan perceraian keluarga di sini. | Anak Bangsawan Harimau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jukut Sk | sesuatu (tidak mahu menyebut nama sebenarnya kerana kepercayaan tertentu seperti dalam budaya Melayu harimau disebut sang belang, buaya disebut sang rangkak tetapi dalam budaya masyarakat ini semua benda yang tidak mahu disebut nama sebenarnya disebut jukut); hantu atau makhluk halus, sesuatu. | Masuklah, kalau kaumahu. Kalau kausudah Kristian, siapa nak apa-apakan padi kita kalau diserang jukut. Josika mendongak ke langit yang tidak begitu cerah. Aku sudah tidak cekap lagi. Sudah tua. Aku berharap kepada kamu. Terpinga-pinga Josika buat seketika. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |