tunjing Ib | kuku (lembu, kuda dll). | Setelah puas berjalan mereka pun sampai di Sungai Munung. Di situ mereka menggunakan sejenis pakaian yang disebut munung dan terdapat pada badan babi. Kemudian apabila mereka sampai di Sungai Tunjing mereka memakai tunjing atau kuku. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rentaka Bj Sm, Tb | sejenis meriam besar. | Sebaliknya, Riad perlu mengadakan hantaran belanja dalam bentuk mata benda seperti keris, lembing, parang, rentaka atau sejenis meriam seberat tiga pikul, kerbau, sapi, kambing, kuda, gong, bebandil dan sebagainya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedurok, *durok* Ib, MSr | 1. berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong. | Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |