jalak, *jala* MSb | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, kuih karas. | Sebelum naik ke perahu Kabau membeli beberapa biji kuih sebagai bekal. Kuih jalak, pais, penganan dan apam. Kuih-kuih itu bukan saja untuknya tetapi juga untuk Yanti, Minarni dan Pak Hilun. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penyaram Ib, LB, MSr | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan gula merah yang telah diadun dan seterusnya digoreng. | Tiga empat begitulah. Dia mengambil sendiri kuih rangin itu dan memasukkannya ke dalam karung plastik kecil yang dikhaskan oleh Khatijah untuk memuatkan kuih yang dibeli orang. Kemudian dia mengambil sebuah karung lain dan mengisinya dengan empat biji kuih penyaram. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
numpik Sk | Proses membuat kuih tradisi orang Selako. Numpik ialah sejenis kuih yang digoreng macam cucur (putih jika menggunakan gula pasir dan coklat jika menggunakan gula Melaka (gula apung) untuk dimakan, dijadikan ramuan jampi mantera dan hadiah kepada orang yang menjampi mantera majlis gawai. | Dilihatnya bapa masih terkedang di bawah dapur. Orang hendak numpik. Bapa perlu dialih ke tempat lain. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
edram MSr | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan gula melaka, dibentuk seperti roda atau bulat leper yang berlubang di tengah. | Ketika itu Mak Nah membawa air minuman dan kuih edram. Pak Kaduk pun menjemput mereka berdua menikmati hidangan itu. Apalagi makanlah si Lamat dan si Berkat dengan penuh sopan dan beradab. Si Lamat pula menjeling pada si Berkat kerana memasukkan sebiji kuih edram ke dalam sakunya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penganan iri Ib | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras/ubi dan gula merah atau gula nipah, penyaram. | Ini Chakoi menjual kuih penganan iri dan nasi pulut yang dimasak dalam ruas buluh. Jualan mereka laris, dibeli oleh buruh-buruh jalan raya dan orang yang lalu?lalang. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penjaram MSb | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras. | ODU Launai sibuk. Seekor ayam, pasti jadi habuan. Begitu juga dengan kain putih, hitam, hijau dan merah. Tidak ketinggalan air tapai dan kuih penjaram. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rangin Ib, MSr | sejenis kuih yang berwarna putih yang diperbuat daripada adunan kelapa, tepung pulut dan gula. | Mak Minah meninggalkan rumah berbekalkan wang sebanyak dua ringgit. Dia tahu menantunya suka memakan kuih rangin dan Kartini suka kepada penyaram. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sungkoi, *sungkui* Ib | sejenis kuih daripada campuran ubi kayu dan kelapa yang telah diparut serta gula. Seterusnya dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. | Mereka memenuhi ruai Ketua Rumah Kemuja. Setelah tetamu duduk, isteri Kemuja menghidangkan berbagai-bagai jenis tebu, hasil dari kebunnya. Tebu disusuli dengan kopi dan kuih sungkoi. Ia sangat digemari oleh tetamu; semuanya mengatakan mereka telah lama mengingini kuih seperti itu. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kulipis MSb | kuih – pulut ditanak bersama-sama santan dan garam, kemudian dibungkus dengan daun dan dikukus semula hingga masak. | kulipis - nasi pulut yang dimasak dengan santan dan garam. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngelala Ib, MSr | mengenal, mengecam. | Di hadapannya kelihatan beberapa orang pelanggan yang sibuk melayan selera memilih jenis kuih yang hendak dibeli. Dari jarak begitu dia tidak dapat ngelala semua orang, mungkin dari Kampung Lintang dan tidak mustahil juga mereka dari Jalan Istana. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |