Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.lat] | کولت

Definisi : sebarang kumpulan organisma parasit yg tidak mempunyai klorofil, termasuk kulapuk, cendawan, yis, dll; jenis-jenisnya: ~ kayu; ~ padang; ~ sisir dll; ~ ambrosia sj kulat yg hidup secara simbiosis dgn kumbang ambrosia di dlm kayu (dgn kulat itu menjadi sumber makanan larva kumbang tersebut); ~ madu sj kulat dlm kelas Basidi­omycetes yg menyebabkan reput pangkal pd pokok kayu, Armillaria mella; berkulat berlapuk, ditumbuhi kulat: ia berbaring di atas tilam jerami lapuk yg telah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lat] | کولت

Definisi : ; terkulat-kulat 1. terkebil-kebil atau termangu-mangu (spt orang kebingungan, kehairanan, dll): murid-muridnya ~ sahaja apabila muka mereka direnunginya; 2. terkecap-kecap (kerana menginginkan se­suatu makanan): ~ mulut budak itu apabila ia melihat makanan yg terhidang di atas meja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lat] | کولت

Definisi : tumbuh-tumbuhan yg tidak berdaun, tidak berbunga dan tidak mempunyai klorofil dan tumbuh pd tumbuh-tumbuhan lain atau pd bahan yg reput. ~ padang kulat yg tumbuh di atas batas. ~ sisir kulat yg biasanya tumbuh pd batang getah yg sudah mati. ~ tian kulat yg tumbuh pd batang kayu mati di dlm hutan. berkulat ditumbuhi kulat; berlapuk: Roti itu sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ku.lat] | کولت

Definisi : ; terkulat-kulat sekejap celik sekejap pejam (bkn mata kerana hairan, bingung dll); terkebil-kebil: ~ mereka memandang telatah gadis yg lincah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kulat

Puisi
 

Apa guna makan nasi,
     Ambil kulat bawa berkelah;
Apa guna menghibur hati,
     Sanggul digulung sikat belah.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kodop Kdsejenis kulat; Cymatoderma elegans.Barangkali Oyong dapat disuruh untuk mengutip kodop yang tumbuh pada batang-batang kayu yang mulai mereput yang menjadi sisa jilatan api sewaktu mengurak dulu.SonggoribGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tepus Ib, MSrsejenis tumbuhan herba seperti lengkuas yang boleh dibuat sayuran.Pucuk rebung, tepus, keladi, kulat, pucuk paku dan kemiding adalah antara tumbuhan liar yang boleh dijadikan sayuran.Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
terkanjat Kh, MSrterperanjat, terkejut.Jimbai yang turut terkanjat oleh perbuatan si Mayau menoleh lalu terserempak dengan gelagat Umbai yang terkulat-kulat membetulkan dirinya di muka pintu itu.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas