pua kumbu Ib | kain tenunan Iban yang digunakan untuk hiasan atau sebagai selimut. | Beberapa lembar pua kumbu digulung dengan dua gulung tikar juga turut dibayakkan. | Dewan Sastera | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lebor api, *lebur api* Ib | motif bunga pada kain pua kumbu. | Setelah patung itu siap dibuat, isteri Raja Entala membalutnya dengan selimut tenunan atau pua kumbu lebor api. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sapat Ib | tirai yang dibentuk dengan beberapa helai pua kumbu yang tersangkut pada tali dan diikat di antara tiang-tiang di ruai untuk melindungi badan si mati. | Apabila Kumang dan Lulong melangkah ke dalam rumah roh itu sebesar bunga mancis. Akhirnya apabila sampai di ruai Keling dan Laja, roh itu sudah sebesar biji sekoi. Secepat Kumang dan Lulong berada di dalam sapat mereka terus meletakkan roh itu di atas kepala Bunga Eni dan Bunga Satangkai. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mampul Ib | suatu proses pemisahan warna pada kain pua kumbu iaitu dengan cara mengikat kain tersebut dengan lembar tali nilon. | Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. Setelah dimasukkan ke dalam air mengkudu barulah proses mampul dijalankan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lemba Ml | sejenis tumbuhan, buahnya boleh dimakan, daunnya lebar dan digunakan untuk mengikat benang tenunan. | Tolonglah saya sambung pua kumbu ini supaya menjadi kapal terbang untuk suami kita mengambil lemba untuk anak kita, kata Kumang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tendai Ib | alat tenunan yang digunakan untuk menarik benang tenunan. | Kumang, Lulong dan Bunga Eni serta Bunga Satangkai kemudian bersaing menenun pua kumbu. Mereka duduk serentak dan memulakan kerja dengan menggunakan alat-alat tendai dan belia. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beserara Ib | suatu upacara memisahkan roh orang yang sudah mati dengan roh orang yang masih hidup yang dijalankan oleh pawang – serara’ bungai. | Yang awak punya, keluarkan juga! kata Keling kepada Tuam. Tuam pun mengeluarkan pua kumbunya yang digulung kecil, sebesar sumpitan. "Eh.... itu aku punya, jangan keluarkan itu. Itu adalah upah upacara beserara aku petang kelmarin. Itu bukan pua kumbu yang awak buat," kata Nek Manang. Apabila dihampar oleh Tuam, kelihatan pua kumbu seluas ruai. Apabila disambung pua kumbu itu tidak dapat bersambung. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belia Ib | alat untuk merapatkan benang dan diperbuat daripada banir kayu tapang, kayu mengeris atau kayu keras lain yang licin. | Kumang, Lulong dan Bunga Eni serta Bunga Satangkai kemudian bersaing menenun pua kumbu. Mereka duduk serentak dan memulakan kerja dengan menggunakan alat-alat tendai dan belia. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sementing Ib | tali pinggang. | Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belantan Ib | sejenis kain tenun. | Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |