mundu MSb | lanun. | Kumpulan mundu tidak akan ada hati merompak lipaku yang telah uzur. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
onuvon Mr Tl | mengisi benih padi ke dalam lubang dan menutupnya dengan tanah menggunakan ibu jari kaki (dilakukan oleh wanita sahaja). | Kumpulan wanita pula mengikuti jejak lelaki dengan mengisi benih padi di setiap lubang dan menutup lubang-lubang ini dengan tanah dengan menggunakan ibu jari kaki. Proses ini dipanggil onuvon. Pada keseluruhannya, proses menanam ini dipanggil monugal. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
balang begeman Ib | kepala musuh (manusia) yang diperoleh semasa ngayau. | Awak ini pada masa dahulu orang tua, mengatakan diri hendak pindah ke tempat ini, Di tengah-tengah ruang langit rata membawa kumpulan balang begeman. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tegunggu Kd Pn, Mr | set gong bambu yang dipukul untuk mengeluarkan bunyi yang berlainan. Ia dimainkan untuk mengiringi tarian semazau. | Lupakan saja perkara yang dah terlanjur itu. Aku pun dah meletakkan jawatanku daripada menjadi ahli kumpulan tegunggu di kampung kita. Kalau dijemput pun, aku tak perlu ikut lagi. Tak dapat upah pun, tak mengapalah. Asal saja kita hidup bahagia semula. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |