sabit Sl | kain ikat pinggang diperbuat daripada sutera kuning dan dihiasi labuci, sebahagian pakaian penari lelaki. | Sabit – kain ikat pinggang daripada sutera kuning dihiasi dengan buci. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangop MSb | timun kuning. | Oyong tentunya akan berasa gembira diajak ke tagad sekali lagi kerana sangop dan batad yang benihnya ditabur semasa mangasok dulu, kini sudah boleh dimakan. | ‘Songgorib’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lakatan Ky | pulut. | Separuh dari tabasannya akan ditanam lakatan (pulut) kuning. Rezeki di muka bumi adalah kurniaan Tuhan. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belawis MSb | sejenis ikan sungai berwarna kehitam-kehitaman dan berbintik-bintik kuning serta bersisik halus. | Terdengar perkataan ‘sarapan’ perutku serta-merta berkeroncong. Tambahan pula melihat tompe yang masih berasap beserta ikan belawis bakar. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beret birar LB | sejenis tali pinggang perempuan dibuat daripada manik yang berwarna kuning yang bersulam dengan perak. | Jika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kubal arang Ib | sejenis pokok dan buah yang tumbuh memanjat di kawasan hutan bukit, buahnya berwarna kuning kemerahan, masam dan boleh dimakan. | Setelah berpakaian, Keling pun mengikat parang pengayau di pinggangnya. Hulu dan sarung parang itu berhiaskan rambut manusia berikat panjang. Disandangnya sumpitan tapang berhias emas, pemberian Bungsu Mawas yang berayun di akar kubal arang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
utik I Ky, MSr | sejenis ikan duri. | Menjaul di Lubuk Abai memang mengasyikkan. Baungnya gemuk sental. Utiknya berperut kuning. Kadang-kadang petian juga sempat menyambar. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
asam membangan, *asam embang* Ib, MSr | sejenis pokok tinggi, berdaun besar dan lebar (pucuk muda boleh dibuat ulam). Buahnya bulat berwarna kuning dan boleh dimakan. Bijinya dibakar sebelum dimakan. | Kalau musim buah, sambal asam membangan dan gulai pucuk ubi masak lemak lagi hebat, fikirnya. Liau Tangah sendawa. Dia melunjurkan kakinya sambil bersandar pada dinding. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
isian Bj | ilmu batin. | Sudah menjadi kelaziman di daerahnya bahawa setiap gadis atau teruna akan diisikan dengan berbagai-bagai isian penjaga diri. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
simbong langkan Bj, Sl | sanggul siput yg terletak benar-benar di bahagian atas kepala. | Kuruna di kepalanya berkilauan disambar cahaya lampu. Simbong langkan menayangkan leher jinjangnya yang putih kuning. | Sejambak bunga emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |