Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.pas] | کوڤس

Definisi : ; mengupas 1. membuang atau mengo­pak kulit (buah-buahan), menguliti, mengopek: ~ kelapa; ~ limau; 2. mengkaji dan meng­huraikan dgn teliti (karangan, pendapat, per­soalan, dll), mengulas, menganalisis: banyak masalah yg dikupas oleh penulis telah dibincangkan sebelumnya; 3. = mengupaskan ki menanggalkan (melucutkan) pakaian orang, menelanjangi; mengupaskan 1. mengupas (mengopek) utk; 2. ki menelanjangi; terkupas 1. terkopek (kulitnya), lecet: ~ sedikit kulit lututnya kerana jatuh di jalan raya; 2. sudah dikupas: beras yg sudah ~ itu lima puluh gantang; kupasan 1. sesuatu yg sudah dikupas, hasil mengupas; 2. huraian ulasan, analisis: ~ buku ini berupa ikhtisar yg agak panjang lebar disertai dgn komentar; pengupasan perihal mengupas, pengulasan, penghuraian; pengupas 1. alat utk mengupas; 2. orang yg mengupas sesuatu spt kulit buah-buahan dsb; 3. orang yg membuat ulasan (spt buku dsb), pengulas, penganalisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.pas] | کوڤس

Definisi : ; mengupas 1 membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas. mengupaskan mengupas sesuatu utk orang lain. terkupas sudah dikupas kulitnya; sudah dikopek kulitnya. kupasan 1 sesuatu yg sudah dikupas; hasil drpd mengupas. 2 huraian atau ulasan (mengenai sesuatu). pengupasan perbuatan atau hal mengupas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kupas
Kata Terbitan : mengupas, terkupas, kupasan, pengupasan, pengupas,

Puisi
 

Budak-budak kupas bawang,
     Taruh mari di dalam mangkuk;
Jangan bawa resmi keluang,
     Tak boleh tengok buah di pokok.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kupas Ibperbuatan menamatkan tempoh berkabung untuk suami atau isteri yang kematian pasangan.Semasa upacara gawai dilangsungkan, semua orang yang balu akan dikupas atau ditamatkan masa balunya supaya mereka boleh mencari pasangan baru.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas