arong Ib, Ml | laluan, lorong pada jalan atau sungai. | Telur ayam dipecahkan di kepala orang yang pengsan itu. Berdasarkan ajaran inilah orang yang pengsan kerana laluan arong semasa upacara gawai dipulihkan dengan menggunakan telur ayam. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tempuan Ib | bahagian rumah panjang di antara dinding bilik dan ruai yang digunakan sebagai laluan. | Mereka memberitahu Indai Abang bahawa mereka ingin menziarahi keluarga Keling. Kumang dan Lulong lantas keluar ke ruai lalu berjalan menerusi tempuan. Mereka terus masuk ke bilik keluarga Keling. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
unus Ib | gelang yang diperbuat daripada benang pokok aping; dipakai oleh jejaka Iban pada zaman silam. | Gelang unus sungguh halus pakaian kaum Baketan pulang bertualang. Berjalan berterusan mendaki gunung, menurun gunung, menyusuri laluan binatang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |