Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pung] | لامڤوڠ

Definisi : ; melampung timbul (di permukaan air dll), tidak tenggelam, terapung; ~ pukat nampak-nampak hilang; pelampung sesuatu benda terapung (utk penahan kail, orang berenang, dll supaya jangan tenggelam): mari kita naik ~ terap ini menyeberang ke seberang sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pung] | لامڤوڠ

Definisi : ; melampung tidak tenggelam; terapung di permukaan air. pelampung benda yg tidak boleh tenggelam; benda yg boleh terapung (utk penahan pancing, penahan orang berenang drpd tenggelam dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampung
Kata Terbitan : melampung, pelampung,

Puisi
 

Pulau Papan lampung berpusing,
     Dilihat mari Pulau Labuan;
Berapa lama pusing keliling,
     Baru berjumpa kepada tuan.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lampung Bj Sm, Tbkayu yang lembut dan ringan.Alat-alat penitik kulintangan dan bebandil terbuat daripada kayu lampung yakni sejenis kayu yang lembut dan ringan, manakala alat-alat pemukul gong terbuat daripada perca-perca kain yang dililit-lilitkan kepada sepotong kayu.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tarik lampung Ibsejenis sukan tradisional masyarakat Iban yang menggunakan kayu untuk menarik antara satu sama lain.Mereka juga kerap kali mengetuai budak-budak melibatkan diri dalam bidang sukan seperti berlari, melompat, berlawan tangan dan jari, tendang-menendang, tarik lampung dan tarik tali dan bermain gasing.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas