Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.kau] | لڠکاو

Definisi : dilangkahi atau dilam­paui (bacaan, perbuatan, dll); melangkau melangkahi atau melampaui, tidak mengikuti susunan, menyelang-nyelangi: bacaannya melangkau-langkau sahaja; melangkaui melalui, melewati: mereka dapat ~ kubu-kubu Jepun yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.kau] | لڠکاو

Definisi : ; melangkau melakukan sesuatu (spt membaca, mengira) dgn tidak mengikut urutannya. melangkaui 1 meninggalkan bahagian-bahagian tertentu sewaktu menghitung, membaca dsb. 2 melewati atau melebihi sesuatu batas dll; melampaui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkau
Kata Terbitan : terlangkau, melangkau,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
langkou, *langkau* Mrpondok.Padi yang masak juga diletakkan di atas tikar dalam satu pondok (langkou) yang dibina berhampiran dengan petak padi.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
langkau MSrjenama kepada air tapai suling.Petang itu, Josika sudah mula berasa sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Sesuatu yang jahat, yang tidak disukainya. Bapa mentuanya membeli tujuh puluh botol langkau. Seribu orang pun yang datang akan terhuyung-hayang semuanya.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rabat Ibsuasana kesedihan kerana kematian.Watt jangan terlalu minum arak dan langkau. Ini rabat hari kematian bukan bergawai. Watt tentu tahu. Kadang-kadang orang yang datang itu bukan untuk menghormati orang mati, tetapi bersukaria.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menuntum Ib, MSrmeminum sesuatu terus dari botolnya.Tidak ada yang tidak mungkin. Selera hendak mabuk itu datang sendiri apabila melihat teman menuntum botol langkau atau secara yang lebih sopan, meneguk dari gelas atau cangkir.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
manas II MSrmarah.Kenapa Jimbai perlu bertindak terburu-buru begitu? Kalau manas pun tanyalah dahulu ketika pulang. Tanya dahulu kenapa aku berjudi dan minum tuak dan langkau sampai mabuk.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temawai Ibbekas tapak rumah panjang yang ditumbuhi pokok-pokok baru.Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau. Sudah menyengat sekali rasa sengal pada lutut dan pinggangnya ketika mendaki bukit mencari Luyuh.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pendam Ibtanah perkuburan.Apai Layoh juga sukar melontarkan rasa bimbangnya, mahu sahaja dianyam dalam sisipan rotan-rotan yang membentukkan bakul supaya tidak mengganggunya lagi. Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas