Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berantara, langsung, terus: dgn malas aku bangkit dan ~ ke dapur; 2. langsung masuk (terus), sampai ke: ~ dlm kenangannya itu bagaimana kegembiraannya pd hari dia berkahwin; ~ akal termakan (diterima) akal; 3. terus, tembus (ke belakang dll); 4. kuasa, sanggup (mengerjakan sesuatu): ~kah abang meneruskan perniagaan itu jika kita tambah modalnya? melantas tidak singgah atau berhenti dimana-mana, langsung; melantasi terus ke belakang, menembus, menobros: sinaran itu tidak ~ cermin, iahanya dipesongkan oleh pembalikan; boritu sudah ~ ke balik kayu itu; melantaskan menyampaikan, mengemuka­kan (sesuatu hal dll), meneruskan; ~ angan (maksud) a) hidup merantau; b) melakukan kehendak hati; ~ dendam melepaskan dendam; terlantas terus masuk, tembus langsung; berkelantasan ark terus-menerus (tidak berantaraan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak berantara; terus: Ia mencapai cangkul ~ pergi ke kebun. 2 tembus atau terus ke belakang (ke sebelah): Ia ditikam dr hadapan ~ ke belakang. Jalan ini ~ ke Damansara. melantasi masuk terus ke dlm sesuatu hingga ke sebelah; menembusi: Paku itu sudah ~ dinding. melantaskan menyampaikan maksud dll; meneruskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lantas
1. Bersinonim dengan langsung: terus, lalu, lanjar,

2. Bersinonim dengan tembus: bolos, bobos, lolos, toblos, tobros, terobos,

Kata Terbitan : melantasi,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tengkerong Tbcicak tokek.Setelah ia menyatakan demikian, anak muda itu pun menggoncangkan badannya dan lantas menjelmalah ia menjadi seekor cicak tengkerong.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
lansaran Mrpentas yang dibuat daripada buluh yang membolehkan penari-penari melompat dan melonjak-lonjak di atasnya (bersifat fleksibel).Lantas dia melonjak naik ke atas kayu yang dijadikan landasan di dewan lansaran.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tipa-tipa Tbsebarang bekas yang bertutup yang berasal daripada tin.Pak Odok mengeluarkan tipa-tipa. Dia mengeluarkan sebatang tigur. Lantas menghulurkan kepada Nanak.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tempuan Ibbahagian rumah panjang di antara dinding bilik dan ruai yang digunakan sebagai laluan.Mereka memberitahu Indai Abang bahawa mereka ingin menziarahi keluarga Keling. Kumang dan Lulong lantas keluar ke ruai lalu berjalan menerusi tempuan. Mereka terus masuk ke bilik keluarga Keling.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas