Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pi.san] | لاڤيسن

Definisi : 1. susunan yg bertingkat-tingkat, lapis: biasanya ~ tanah di bawah permukaan sawah itu menjadi keras utk menahan air drpd meresap; 2. ki tingkatan dlm masyarakat, golongan: kekuatan orang Islam dr segenap ~ dapat digunakan utk menentang musuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pi.san] | لاڤيسن

Definisi : susunan yg bertingkat­-tingkat atau bertindih-tindih dgn satu di atas atau di sebelah yg lain (bkn bumi, dinding, dll), petala: di bawah kulit binatang, terletak se~ lemak yg memanaskan badannya; maka mereka pun masuklah ke dlm kota yg tujuh ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pi.san] | لاڤيسن

Definisi : 1 susunan yg bertingkat-tingkat: Di bawah ~ kulit merah daun itu, ada sel-sel pembuat makanan. 2 golongan atau tingkatan dlm sesuatu masyarakat: Wakil dr segenap ~ masyarakat telah diundang ke majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapis (kata nama)
Bersinonim dengan lapisan, petala;,
Kata Terbitan : berlapis-lapis, lapisan, pelapis,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
aping Ibsejenis pokok palma; kulitnya boleh dibuat benang tali kail atau jerat burung, umbutnya boleh dibuat sayur. Manakala lapisan habuk yang terdapat pada pokoknya boleh digunakan sebagai bahan untuk menyalakan api.Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas