Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; melarang menahan drpd melaku­kan sesuatu, tidak membenarkan (meng­izinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan? melarangkan menjadikan terlarang: Seri Rama ~ pekerjaan itu kpd kakandanya; terlarang tidak boleh dikerjakan, tidak di­benarkan, tertegah: perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan; larangan 1. sesuatu yg dilarang atau ter­larang: bagindalah yg meletakkan kekuning­an ~; seluruh kawasan hutan di keliling kam­pung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini; berlarangan mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang: ~ saya menyebut namanya; pelarangan sesuatu yg dilarang, larangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
larang
Rujuk :tegah

Puisi
 

Gunung Lingga berkarang-karang,
     Gunung beratur empat-empat;
Abang gila saya tak larang,
     Asal tentu dengan tempat.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
rogon Kdhantu.Dia melanggar pantang larang, Sarina, ujar lelaki tua itu. "Mungkin dia telah disumpit anak rogon. Err.. rogon tu anak hantulah."Setulus SarinaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
monontian Kdmengandung.Bagi masyarakat Kadazan, pantang-larang semasa mengandung atau "monontian" memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang wanita itu memperolehi anak yang baik dan sempurna.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
alah ayu Iblemah semangat atau jatuh sakit akibat melanggar pantang larang. Contohnya, seorang yang hanya biasa mengukir kayu biasa untuk membuat keranda tetapi telah mengukir kayu belian yang hanya layak diukir oleh pengukir tertentu sahaja akan ditimpa sakit atau lemah semangat.Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mondou Kd KBsejenis roh jahat.19. Mondou – Menjaga segala hal pantang-larang.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pulau Ibkawasan hutan yang tidak boleh dijadikan huma, tempat tinggal atau dibakar kerana pantang larang tertentu.Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas