Definisi : luas (kawasan, pemandangan, dll), lapang, terbuka; melawas luas (kawasan, pemandangan); kelawasan keluasan atau kelegaan (hidup dll), kemudahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : lapang (bkn pemandangan, kawasan dll); luas. melawas 1 menjadi luas (bkn kawasan, pemandangan dll). 2 menjadi lega (perut dll). 3 menjadi lancar (mengenai perjalanan sesuatu). melawaskan menjadikan lawas; melegakan (perut): Utk ~ buang air besar, ia selalu makan buah-buahan. kelawasan keadaan lawas, keluasan; kelegaan. pelawasan hal (perbuatan dsb) melawas atau melawaskan: Injap ekzos mengawal ~ gas yg sudah terbakar keluar dr silinder. pelawas apa-apa yg dpt melegakan atau dpt melancarkan perjalanan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)