Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cekung (lengkung) ke dalam (spt kanta, lubang-lubang di jalan, dll), cawak (pd pipi), jeluk, lembang, lepek: di tangan orang yg kena tuduh itu ada dua tanda ~ dan luka; 2. sj daun terup (bergambar jantung); 3. Tr beduk, tabuh; ~-lekak = ~-lekik banyak lekuknya; ~-liku a) banyak lekuk dan selekoh (jalan); b) berbagai­-bagai tipu daya; ~ lutut pelipat lutut; ~ mata rongga (lubang) tempat biji mata; berlekuk bercawak, berjeluk, berlembang, berlepek: jalannya buruk sekali ~-lekak dan menyusahkan pemandu-pemandu kereta; melekuk menjadi lekuk (lembang, jeluk, dll): di sebelah hadapan tulangnya ~ membentuk lubang mata; melekukkan menyebabkan (membuat supaya) jadi lekuk, menjadikan lekuk; lekukan 1. sesuatu yg melekuk; 2. hasil melekuk; pelekukan perbuatan (proses dsb) melekuk atau melekukkan; pelekuk sesuatu yg digunakan utk melekuk­kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 lekung ke dlm (spt lubang di jalan); berkeluk ke dlm (spt kanta); jeluk; lembang: ~ mata rongga tempat biji mata. 2 daun terup yg bergambar jantung. berlekuk ada atau terdapat lekuk: Jalan ke rumahnya ~-lekuk. melekuk menjadi lekuk. melekukkan menyebabkan sesuatu menjadi lekuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekuk (kata nama)
Bersinonim dengan cekung, cawak, cauk, caung, jeluk, lembang;,
Kata Terbitan : berlekuk,

Puisi
 

Dua tiga kusepak raga,
     Datang sepak kusepak juga;
Dua tiga keris di dada,
     Datang lekuk kulekuk juga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali tanah yang lekuk.

Bermaksud :

Kerja yang bukan tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lamak bua'an Bj, Slsejenis layar kain yang mempunyai lekuk pada satu bahagian hujung yang menyamai mulut ikan.“Lamak bua’an’ lebih besar dan ia mempunyai lekuk pada satu bahagian hujung yang menyamai mulut ikan.www.berita Harian .com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas