Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (léréng) 1. permukaan yg di sekeliling barang yg pipih bulat (roda dll); kereta ~ basikal; beca ~ tiga beca roda tiga; 2. permukaan bukit yg senget (miring), sisi gunung: ke ~ gunung itulah anak-anak muda di kampung Hulu Kelang mencari rotan dan atap; lereng-lereng roda kecil pd kaki katil (meja dll); berlereng ark menaiki basikal, berbasikal; melereng 1. berputar atau berpusing (roda dll); 2. senget (tanah dll), landai, miring; lerengan tanah yg melereng (biasanya pd bukit, gunung, dll): mereka telah beberapa kali berpindah-randah dr satu ~ bukit ke ~ bukit yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (léréng) Jw corak yg menyerong (pd kain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /léréng/ 1 permukaan bukit yg miring atau senget; sisi bukit (gunung): Biasanya pokok teh ditanam di ~-~ bukit. 2 permukaan di keliling benda pipih atau bundar (spt roda). kereta ~ basikal. lereng-lereng roda kecil pd kaki katil, kaki meja dll. melereng 1 landai atau miring (bkn tanah). 2 bergerak berguling-guling (bkn roda). lerengan tanah yg menurun (biasanya pd bukit, gunung dll): ~ bukit itu ditumbuhi semak samun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lereng (kata nama)
Bersinonim dengan sisi, tepi, rusuk;,
Kata Terbitan : melereng,

Peribahasa

Lampai bagai pimping di lereng,
     lemah bagai lenggundi muda.

Bermaksud :

Puji-pujian terhadap perempuan yang bagus potongan tubuhnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
madsuwau Kd Prupacara untuk memuja semangat tajau (tempayan).Upacara ini dimulakan sama seperti pada upacara madsuwau, iaitu dengan mengadakan persembahan seperti beras di dalam sebuah talam yang dibentuk seperti busut, di atas dan di lereng busut beras itu diletakkan sebuah gelas yang berisi sedikit minyak kelapa dan beberapa biji pinang muda.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
damun Ibhutan sekunder – kawasan tanah yang ditanam semula untuk berhuma (bukit).Tanah yang ada ini, awak jaga baik-baik. Ini saja yang dapat ayah tinggalkan untuk awak. Ayah tidak, tidak sempat dan tidak mampu lagi untuk membuka damun baru. Menganyam Kedukaan Glosari Leksikal Bahasa Sukuan 262 danan Ib sejenis rotan yang batangnya besar. Aku umpama rotan wi disambungi tali. Umpama rotan biasa disambungi rotan danan. Umpama akar tengang disambungi pokok tulang. Umpama daun lemba disambung benang ira. Novel Satangkai Glosari Leksikal Bahasa Sukuan 263 dapu Kd tajau. Di sekeliling lereng busut beras itu akan ditaburi dengan hugus omuhok" atau pinang muda - ini juga merupakan persembahan kepada semangat dapu atau tajau itu.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas