Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.dah] | ليده

Definisi : 1. bahagian di dlm mulut yg boleh digerak-gerakkan (digunakan sbg alat perasa, utk bercakap, menjilat, dll): budak itu men­jelir-jelirkan ~nya; 2. ki perkataan, tutur kata: lembut dan fasih ~nya; 3. ki sesuatu yg menyerupai lidah: ~ kain; ~ serunai (seruling); 4. ki bahagian yg menganjur dr sesuatu benda; ~ tanah tanjung pd selekoh sungai; ~ air bahagian tepi air; ~ api hujung nyala api (yg menjilat-jilat); ~ bercabang (biawak) tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya; ~ dacing jarum penunjuk berat pd dacing; ~ keras tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dgn betul, telor; ~ lembut boleh menyebut perkataan dgn betul; ~ manis baik tutur katanya; ~ ombak hujung ombak, ombak yg di depan sekali; ~ panjang orang yg suka bercakap-cakap, suka menghasut­-hasut; ~ papan bahagian yg menghubungkan papan; ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang yg bijaksana; ~ pengarang rencana pengarang; ~ rasmi jurubicara (akhbar dll) yg mengeluar­kan berita dll rasmi sesuatu parti dll; ~ serunai bahagian serunai yg mengeluarkan bunyi; ~ bercabang bagai biawak prb selalu berubah­ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya; ~ tidak bertulang prb a) mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya; b) orang yg mengeluarkan celaan dgn tidak tersangkut­sangkut; apa payahnya menggoyangkan ~ sahaja prb banyak janji tetapi tidak ditepati; berkata peliharakan ~ prb hendaklah beringat­-ingat mengeluarkan kata-kata; berniaga di hujung ~ prb orang pandai yg tidak jujur (suka menipu dll); jadi hujung jari sambungan ~ = jadi penghubung hujung ~ prb orang yg menyampaikan pesan orang lain dlm sesuatu mesyuarat atau peralatan; kebenaran di hujung ~ prb tidak ada keadilan (hanya menurut kata orang yg berkuasa sahaja); membuat tergigit ~ prb memberi nasihat yg sia-sia kpd orang yg berkelakuan jahat; menyepitkan ~ ke lantai prb menahan nafsu dan kehendak; patah ~ alamat kalah, patah keris alamat mati prb jika tidak pandai berkata-kata tentu akan kalah; tercabut ~ mati prb tidak berguna mempercakapkan orang yg jahat, sebab ia tetap jahat juga; lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah; berlidah mempunyai lidah: orang yg ~ biawak tidak harus dikasihani; ~ dua orang yg selalu berubah-ubah perkataan atau pen­diriannya; ~ di lidah orang prb hanya menurut apa yg dikatakan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah] | ليده

Definisi : sj ikan laut, Cynoglossus spp.; ~ baji, Euryglossa orientalis; ~ belang, Zebrias spp.; ~ lumpur, a) Synaptura commersoniana; b) Paraplagusia bilineata; ~ pasir, Cyanoglossus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah] | ليده

Definisi : ; ~ badak sj tumbuhan (pokok memanjat), Pothos latifolius; ~ buaya sj tumbuhan (pokok renek), keduduk gajah, kerakap rimau, senduduk hutan (gajah), Allomorphia malaccensis; ~ jin sj tumbuhan (herba), seketan, Hedyotis philippensis; ~ katak sj tumbuhan (pokok), sial menahun, Pternandra coerulescens; ~ kerbau (lembu) sj tumbuhan (pokok), Pyrenaria acuminata; ~ kucing sj tumbuhan (herba), Turnera ulmi­folia; ~ tiung sj tumbuhan (herba), Hedyotis verticillata; daun ~ gajah sj tumbuhan (herba), Aglaonema oblongifolium; rumput ~ jin sj tumbuhan (herba), Peristrophe spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah] | ليده

Definisi : 1 organ yg lembut di dlm mulut yg digunakan utk merasa (menjilat atau berkata-kata). 2 cara bertutur atau cara melafazkan kata-kata; tutur kata: fasih ~nya. 3 bahagian benda yg menyerupai lidah 1: ~ kasut. ~ air hujung aliran air (banjir dsb) yg mula-mula datang. ~ bercabang (biawak) tidak dpt dipercayai percakapannya; tidak tetap percakapannya (tidak menepati janji). ~ keras sukar menuturkan atau menyebut perkataan dgn betul. ~ lembut dpt atau mudah menyebut perkataan dgn betul. ~ manis baik tutur katanya. ~ ombak bahagian hujung ombak (yg di depan sekali). ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang yg bijaksana (di dlmnya terdapat pengertian yg tinggi dan berguna utk panduan hidup). ~ pengarang rencana pengarang. lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah. berlidah mempunyai lidah. ~ dua ki tidak tetap pendiriannya atau perkataannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[li.dah] | ليده

Definisi : ; ~ buaya nama sj herba yg daunnya dpt dibuat ubat, Aloe vera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lidah (kata nama)

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lidah terganjal.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(51)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tunu MSrbakar.Hutan dipugar itu dibiarkan selama dua bulan baharu ditunu. Panas terik bulan Julai menyaksikan reba kering dan ranting dahan rentung dijilat api. Lidah api menjalar macam lidah syaitan lapar.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ruding LBalat radiofom/alat muzik bersaiz kecil yang diperbuat daripada kayu atau logam. Ia digunakan dengan meletakkan di celah antara gigi atas dan gigi bawah. Tangan kanan pemain memegang alat ini manakala tangan kiri memetik bahagian lidah alat ini untuk menghasilkan getaran. Bunyi dikeluarkan melalui pernafasan.Si Labo Tui betul-betul terpesona dengan bunyi ruding itu. Dia pun menari dan melompat dengan asyik sekali.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lombohon Kdbatang buluh yg paling panjang pada bahagian sompoton.Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah.Sompoton erat kembali talian suami isteriGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
korandabit Kdbahagian alat muzik sompoton yg terdiri daripada buluh sumbiling yang kedua dan ketiga panjang.Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah.Sompoton erat kembali talian suami isteriGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas