komburongoh, *komburongo* Kd | 1. sebahagian peralatan dalam upacara keagamaan, diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, akar kayu, gigi babi/beruang, batu kecil. 2. sejenis rumput; Acorus calamus. | Untuk menghubungi roh-roh ini, dukun-dukun wanita itu mengadakan upacara bersembahyang dan pemanjatan doa dengan bantuan alat yang dipanggil "Komnurongoh". Alat ini diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, sejenis tumbuhan yang juga dipanggil "Komburongoh", gigi babi hutan atau beruang, batu kecil berbentuk cincin dan akar-akar kayu. Alat ini juga dipanggil "Gonding" atau "Sukuon". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ruding LB | alat radiofom/alat muzik bersaiz kecil yang diperbuat daripada kayu atau logam. Ia digunakan dengan meletakkan di celah antara gigi atas dan gigi bawah. Tangan kanan pemain memegang alat ini manakala tangan kiri memetik bahagian lidah alat ini untuk menghasilkan getaran. Bunyi dikeluarkan melalui pernafasan. | Si Labo Tui betul-betul terpesona dengan bunyi ruding itu. Dia pun menari dan melompat dengan asyik sekali. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
emping aling, *empialing* Ib | sejenis burung berwarna hitam seperti gagak tetapi saiz badannya kecil. | Logam perhiasan kain sarung mereka kedengaran berbunyi berteng-teng seperti bunyi burung emping aling yang sedang makan buah pokok kara. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wong, *wunf* Ib | jeram. | Malam itu mereka mendengar orang riuh seakan-akan bunyi orang yang menghadiri gawai, lengkap memakai pakaian tradisional orang-orang Iban. Logam perhiasan kain sarung mereka kedengaran berbunyi berteng-teng seperti bunyi burung emping aling yang sedang makan buah pokok kara. Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lungkaki Kd Lt | gelang kaki. | Ginontob - iaitu sejenis gelang tangan digunakan sebagai perhiasan di tangan, manakala di leher pula dihiasi dengan inansaran - iaitu gelang-gelang yang diperbuat daripada logam tembaga; di kaki penari-penari ini dihiasi dengan lungkaki. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ginontob Kd Kj | sejenis gelang tangan. | Ginontob - iaitu sejenis gelang tangan digunakan sebagai perhiasan di tangan, manakala di leher pula dihiasi dengan inansaran - iaitu gelang-gelang yang diperbuat daripada logam tembaga; di kaki penari-penari ini dihiasi dengan lungkaki. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
inansaran Kd Kj | perhiasan leher yang berupa gelang-gelang yang diperbuat daripada tembaga. | Ginontob - iaitu sejenis gelang tangan digunakan sebagai perhiasan di tangan, manakala di leher pula dihiasi dengan inansaran - iaitu gelang-gelang yang diperbuat daripada logam tembaga; di kaki penari-penari ini dihiasi dengan lungkaki. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bilak buai Bj Sp | cincin belah rotan. | Di bahagian tangan dan kaki penari-penari wanita, juga dihiasi dengan perhiasan-perhiasan tertentu iaitu di bahagian tangan dihiasi dengan gelang sulau yang diperbuat daripada kulit-kulit kerang atau siput-siput laut, cincin emas bentuk bilak buai dan di jari-jari pula dihiasi dengan selingkuku, iaitu sejenis sarung kuku yang diperbuat daripada logam jenis suasa. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |