Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah berair yg lembut, selut; ~ katam lumpur yg terdapat di pantai; beroleh ~ di tempat yg kering prb beroleh kesusahan dgn tidak disangka-sangka; takut akan ~, lari ke duri prb mengelakkan ke­susahan yg kecil dapat kesusahan yg besar; berlumpur 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; melumpuri menyebabkan berlumpur pd: kanak-kanak itu bermain sambil ~ dinding rumah itu; perlumpuran tempat yg penuh dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah lembut dan berair; selut. berlumpur penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpur (kata nama)
Bersinonim dengan selut, kukup, lanyau, lanau, lahar, lolok, luluk, lunau.,

Puisi
 

Paya Balais di tanah lumpur,
     Tempat orang bertanam padi;
Rasa di hati luluh hancur,
     Belum berjumpa belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Seekor kerbau membawa lumpur,
     habis mercik merata-rata.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
buyut Kd Kmtanah lumpur membusut (busut ketam) yang biasanya menjadi tempat pemujaan apabila seseorang jatuh sakit.Tidak, kata orang lain, "Bibi gila." Tiba-tiba kegemparan berlaku lagi. Ribut tiba-tiba melanda dan menggegarkan pokok-pokok di sekitaran buyut itu. Dan, mereka pun terpaksa berpatah balik. Sekali gus membatalkan rancangan mencari Bibi, ketika itu.Nur EtikaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
panduk-panduk Bj Smtempat berteduh, khemah.Cikgu Jamrah. Dia memilih seorang ustazah dari Kuala Lumpur, jelas orang itu lagi. "Baguslah itu. Eratlah hubungan mesra bangsa serumpun," kata Pak Hilun. Ia berjalan menuju ke arah orang ramai di sebuah panduk-panduk.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
giluguop, *kirukup* Bdsejenis ulat cincin yang berwarna kemerah-merahan. Ia tinggal di hutan tua di bawah daun-daun kering dan di tempat yang lembap.Beberapa ekor semut dan giluguop yang tidak menghiraukan bunyi bising itu habis ditimpa dan ditompoki abuk-abuk kayu tetapi tidak lama kemudian binatang-binatang itu akan muncul semula daripada lumpur abuk tadi.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas