tambuloi, *tambului* Bs, Kd, Mr, Tb | tetamu. | Sewaktu dia akan berangkat ke rumah pengantin lelaki. Tidak diingatnya berapa ramai gadis dari pihak tambuloi yang ditugaskan menghiaskannya. Dia tidak lupa pada jenis-jenis kain yang menutup pintu biliknya pada ketika itu. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
agugulir Mr | tanda yang dipakai menandakan masa berkabung seseorang seperti meletakkan kain hitam di atas bahu mereka. | Pandangan mata Kinawa segera beralih ke arah yang ditunjukkan oleh Paring. Di situ dia melihat agugulir itu. Insaflah dia. Dia terlalu mengikut runtunan hatinya, hingga lupa kepada keadaan Paring yang sedang memakai tanda agugulir itu. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |