taba Ib | tapak untuk mendirikan rumah panjang yang baru. | Tak tahulah, saya membawa awak semua memeriksanya ke sini sebab mahu tahu taba tempat awak hendak mendirikan rumah, kata hantu itu. "Kalau macam ini pindahlah, rumah ini sudah siap dibina," kata hantu itu lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gusi Kd | tempayan. | Dengan daki tuhan, dia ambil itu daki kan bikin manausia kan, dia simpan itu di dalam gusi (tempayan), anaknya nombor dua, dia simpan dalam, anaknya nombor dua, Gusi ini macam tajaulah, tajau besar, ah... itu gusi kan, dia simpan itu gusi dalam itu, dia simpan itu, manusia yang dia buat itu kan di dalam itu gusi. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sekut MSr | bau badan yang kurang menyenangkan. | Hawa panas yang terbit dari percikan peluh berbaur dengan pancaran matahari. Ini menyebabkan keadaan sekeliling bertambah panas dan membahang. Bau masam, bau hamis, bau bawang, bau sekut dan bermacam-macam lagi bau badan yang terbit daripada wap hawa badan manusia memenuhi angkasa. | Anak Watan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
muas, *muaih* Ib, Ml | ratapan semasa upacara kematian. | Pada masa dahulu kebanyakan daripada orang Melanau memang selalu meratap dan merintih apabila mendapat kecelakaan terutama ketika orang mati. Bermacam-macam perkataanlah terkeluar dalam ratapan itu. Ratapan begini dinamakan 'muas'. Bahkan sekarang ini di setengah-setengah tempat masih ada orang Melanau yang 'muas' pada masa kena kematian dalam keluarga. | Maharaja Tugau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |